PROGRAM TAKLIMAT SISTEM ePEROLEHAN KEPADA PEMBEKAL ILP KOTA BHARU
Pengumuman - Pengumuman
Ditulis oleh Webmaster   
Ahad, 21 Februari 2010

Sukacita dimaklumkan, satu program taklimat Ssitem ePerolehan kepada pembekal peringkat Negeri Kelantan dan Terengganu akan diadakan seperti di bawah.

 

                       Tarikh          :   23-24 Februari 2010

                       Masa            :   8.30 pagi

                       Tempat        :   Dewan Datuk Ahmad Padzli

                                              Wisma KDRM, Padang Bongor

                                              Jalan Pengkalan Chepa

                                              15400 Kota Bharu

                                              Kelantan

                    Kemasukan      :    Percuma

                                        

Taklimat pada 23 Feb. 2010 akan menjurus kepada modul pendaftaran pembekal, pembelian terus, modul sebutharga dan tender manakala pada 24 Feb. 2010 menjurus kepada pendaftaran syarikat (berkaitan Sistem  ePerolehan) dengan Kementerian Kewangan. 

Sehubungan dengan itu, semua pembekal ILP Kota Bharu adalah DIWAJIBKAN untuk menghadiri taklimat tersebut.

 
PERTUKARAN PENGARAH ILP KOTA BHARU KE ILP MERSING
Pengumuman - Pengumuman
Ditulis oleh Webmaster   
Khamis, 11 Februari 2010

 

Pengarah ILP Kota Bharu, En. Sarman bin Hj. Rawan telah mendapat surat pertukaran ke tempat bertugas yang  baru di ILP Mersing berkuatkuasa 01 Februari 2010. Walaubagaimanapun beliau akan berada di ILP Kota Bharu sehingga 24 Februari 2010 sebelum melaporkan diri ke ILP Mersing.

Seluruh warga institut mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan penghargaan atas jasa bakti dan komitmen beliau berikan semasa menerajui ILP Kota Bharu selama hampir 4 tahun. Dengan iringan doa semua pihak, diharapkan beliau sekeluarga akan mendapat lebih banyak kejayaan dan kesejahteraan di masa hadapan.   

 

 
SEBUTHARGA TERKINI (NOV 2009)
Pengumuman - Pengumuman
Ditulis oleh Webmaster   
Rabu, 11 November 2009
SealedSemua pihak yang berminat dijemput untuk menyertai (2) sebutharga TERKINI di ILP Kota Bharu iaitu Sebutharga Membersih Kawasan dan Sebutharga Mencuci Bangunan. Sila 'klik' pada menu 'SEBUTHARGA' (di sebelah kiri laman web) untuk maklumat terperinci.
 
Robocon ILPKB
Robot - GRobot
Ditulis oleh Webmaster   
Selasa, 02 Mac 2010

ILPKB ROBOCON

Pasukan ILPKB kota bharu akan menyertai pertandingan Robocon untuk kali kedua.

Baca lagi...
 
KURSUS MODULAR DAN CUSTOMISED DI ILP KOTA BHARU
Pengumuman - Pengumuman
Ditulis oleh Webmaster   
Rabu, 17 Jun 2009

CoolSemua pihak yang berminat amat dialu-alukan untuk mengikuti kursus jangka pendek (modular dan customised) di ILP Kota Bharu bagi tahun 2009. Klik di bawah untuk mendapatkan maklumat iklan dan borang permohonan kursus yang ditawarkan.

                        i) Iklan Kursus Jangka Pendek / Customised ILJTM 2009

                       ii) Senarai Kursus Jangka Pendek / Customised ILP Kota Bharu

                       iii) Borang Permohonan Kursus Jangka Pendek / Customised

 
Pendaftaran ALUMNI ILPKB
Berita Terkini - Pelajar
Ditulis oleh Webmaster   
Khamis, 25 Oktober 2007
Kepada semua bekas-bekas Pelajar ILPKB yang dihormati.Untuk makluman bahawa pihak Pengurusan bersetuju menubuhkan ALUMNI ILPKB bagi mengumpul maklumat terkini tentang status tuan-tuan selepas tamat pengajian dan memudahkan kami menguruskan perjumpaan di antara ahli-ahli nanti dan memudahkan peluang mendapatkan pekerjaan melalui bantuan pihak ILPKB dan ahli-ahli yang telah berjaya dalam pekerjaan. Untuk maklumat lanjut proses Pemohonan Pendaftaran ALUMNI dan kelebihan menjadi ahli ALUMNI sila klik Bahagian Alumni di Laman Web ini atau klik Cooldisini