Borang Penyertaan Kristek 2017 (Penyertaan Manual)
Borang Pengesahan Kehadiran Penyertaan Kristek 2017
Lihat Projek Dipertandingkan KRISTEK ILPKB
TUJUAN
Pertandingan Kreativiti, Inovasi & Teknologi (KRISTEK) Tahun 2017 diadakan untuk,
• Memupuk daya kreatif, ciptaan dan inovasi bagi mencapai tahap rekacipta terkini dari segi ‘design’ dan ‘functionality’.
• Untuk bersaing di peringkat negeri dan kebangsaan.
• kreativiti dan inovasi telah dikensatu proses yang dapat membantu serta meningkatkan kedudukan ekonomi sesebuah negara.
Penyertaan
Terbuka Kepada:
Pertandingan ini terbuka kepada IPTA/ILKA/SEKOLAH/AGENSI KERAJAAN bagi Tiga (3) kategori bidang, iaitu :-
i. Elektrikal /Elektronik/ICT (Automation, Electronics, Control circuit/ Perisian / Perkakasan / Sistem Teknologi Maklumat & Komunikasi);
ii. Mekanikal / Perkhidmatan Kejuruteraan;
iii. Sivil & Arkitek
Yuran Penyertaan
• Setiap pasukan yang ingin turut serta dalam pertandingan ini akan dikenakan bayaran yuran penyertaan sebanyak RM 200.00/ penyertaan
Syarat Penyertaan
• Peserta untuk pertandingan ini terbuka kepada semua intitusi kemahiran awam/swasta/IPTA/SEKOLAH/AGENSI KERAJAAN yang telah menghasilkan rekacipta.
• Rekacipta dan projek yang pernah bertanding dan memenangi anugerah di peringkat ILJTM atau Antarabangsa adalah tidak dibenarkan untuk menyertai pertandingan ini.
Saringan Penyertaan
Penyertaan akan disaring melalui pra-penilaian dan hanya projek yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pertandingan sahaja akan berjaya untuk peringkat seterusnya.
Penilaian Hakim
Penyertaan akan dinilai oleh salah satu Panel Penilai / Hakim yang terdiri daripada :
• Standards & Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM)
• IPTA/IPTS;
• Keputusan Panel Penilai / Hakim adalah MUKTAMAD
Kriteria Penilaian
Penilaian akan dibuat berdasarkan kriteria seperti berikut :-
• Ketulenan Idea & Kreativiti;
• Hasil;
• Impak & Daya Tarikan; dan
• Persembahan
Format penilaian penuh untuk pertandingan KRISTEK 2017 adalah seperti lampiran.
Prosedur Penyertaan
• Penyertaan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing - masing.
• Setiap Ketua Jabatan hendaklah membuat pemilihan terlebih dahulu dan memilih pencalonan terbaik bagi setiap kategori bidang.
• Borang penyertaan dan huraian aspek teknikal perlu dihantar hanya melalui pautan seperti alamat di bawah :
http://www.ilpkb.gov.my/Kristek
• Keputusan pra penilaian (saringan) akan boleh diperoleh melalui pautan seperti alamat di atas selepas tarikh 4 September 2017.
Persembahan Projek
• Pengenalan
• Pemilihan Projek dan Definisi
• Analisis Peluang Penambahbaikan
• CadanganPelaksanaan Kreatif dan Inovatif
• Pemantauan dan Piawaian
• Pencapaian dan Penciptaan Nilai
• Persembahan
Tarikh Tutup Penyertaan
• Setiap permohonan penyertaan bersama Abstrak hendaklah sampai ke Urusetia Pertandingan ILPKB sebelum atau selewatnya pada 24 Ogos 2017 (Khamis).
• Setiap rekacipta yang telah berjaya melepasi pra-penilaian perlu dihantar ke Tapak Pertandingan sebelum atau pada 19 SEP 2017 (Ahad) bagi kerja-kerja pemasangan dan pengujian. Sesi demonstrasi dan penilaian akhir akan diadakan pada 20 & 21 SEP 2017 (Isnin & Selasa) di Tapak Pertandingan.
• Pemenang akan diumumkan pada Majlis Penutup pada 21 SEP 2017 (Selasa)
Tapak Pertandingan
Dewan Besar dan Dewan Terbuka ILPKB, setiap rekaan hendaklah dihantar ke tapak pertandingan.
Permohonan dan Pembayaran
Permohonan boleh dibuat dengan menghantar surat atau faks borang penyertaan yang disertakan atau ke laman sesawang http://www.ilpkb.gov.my/Kristek
i. Borang Kristek17
Pembayaran dibuat atas nama “KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN KAKITANGAN,ILP KOTA BHARU”, 1 bulan sebelum tarikh pertandingan diadakan.
Cara bayaran boleh dibuat melalui Tunai / Cek / Bank in / Kiriman Wang/ Wan Pos (Bank Islam Malaysia Berhad : 03036010021522)
Tarikh tutup permohonan penyertaan adalah 24 Ogos 2017 (Khamis).
PEMBATALAN PENYERTAAN
Pembatalan penyertaan hendaklah dimaklumkan secara bertulis kepada pihak sekretariat sebelum 4 September 2017.
Pembatalan penyertaan dibuat selepas tarikh tersebut akan dikenakan bayaran sebanyak 60% daripada yuran penuh Penyertaan.
Penutup
Diharap program inovasi ini dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar sebagaimana yang telah di rancangkan. Selain itu, peserta juga dapat menimba pengalaman yang bermakna hasil daripada program yang dijalankan.