Kursus Teknikal Jangka Panjang & Pendek Kota Bharu, Kelantan

Majlis Sambutan kemerdekaan ILPKB

Pada Tarikh : 24 Ogos 2017 ( Khamis ) , Jam 8.00 - 1.00 tengahari sambutan kemerdekaan Malaysia akan diadakan di Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu, manakala tema kemerdekaan bagi tahun 2017 adalah Negaraku Sehati Sejiwa.

Kemeriahan Hari Kebangsaan dapat dirasakan bermula 31 Ogos dan menjelangnya pukul 12.00 malam di mana bunga api yang berwarna-warni bergemerlapan di udara. Begitu juga acara perbarisan yang diwakili oleh pelbagai agensi turut diadakan bagi memeriahkan lagi suasana hari tersebut. Hari kebangsaan disambut paling meriah di Kuala Lumpur terutama di Dataran Merdeka.

Sambutan hari kebangsaan secara besar-besaran juga dibuat di Putrajaya. Bangunan- bangunan perniagaan, rumah kediaman dan kereta-kereta akan memasang dan mengibarkan bendera Malaysia, Jalur Gemilang, dan ini menyemarakkan lagi suasana perayaan. Hari kebangsaan merupakan hari cuti umum di Malaysia.

DSC 0523
Gambar hiasan sambutan Kemerdekaan sebelum ini