Pelajar ILPKB Memasuki Pertandingan Dikir Dakwah Peringkat Kebangsaan

Pada Malam 25 Ogos 2017 bertempat di Dewan Besar Balai Islam, Lundang Kota Bharu, sekumpulan pelajar Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu telah membuat penampilan dengan menyayikan lagu Dikir Dakwah.

Ia dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheik), Jakim dan Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ) Sdn Bhd.

Selain itu kerjasama Majlis Agama Islam Kelantan (Maik), Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan, Institut Wasatiyyah Malaysia, Perbadanan Muzium Kelantan dan Perbadanan Perpustakaan Kelantan.

Perasmian hari ini dilakukan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Dr Md Yusnan Yusof.

Turut hadir Penasihat Undang-Undang Negeri, Datuk Shahidani Abdul Aziz; Pengarah Bahagian Dakwah Jakim, Datuk Ali Mohammed; Timbalan Ketua Polis Kelantan, Asisten Komisioner Din Ahmad dan Timbalan Pengarah Pengurusan Jaheik, Mohd Farid Abdul Razak. (Click pada gambar untuk melihat album aktiviti)

dikirDakwah2017