Kursus Teknikal Jangka Panjang & Pendek Kota Bharu, Kelantan

Sambutan Hari Kemerdekaan 31 Ogos 2017 ke 60 Tahun

Hari Kebangsaan Malaysia disambut di seluruh negeri pada setiap 31 Ogos setiap tahun bagi menandakan negara bebas daripada belenggu penjajahan sejak 1511 hingga tahun 1957. Hari kebangsaan merupakan peristiwa utama dan disambut secara besar-besaran dengan mengadakan perarakan warna warni, konsert, pertunjukan pentas, pertandingan dan pelbagai lagi pertunjukan yang diadakan di tempat-tempat yang ditetapkan setiap tahun.

Sempena 31 Ogos tahun 2017 pihak Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu turut serta memeriahkan upacara, bertempat di Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian Kota Bharu. Kakitangan ILP menyertai perbarisan sambutan kemerdekaan. (click pada gambar untuk melihat album aktiviti 30 & 31 Ogos 2017)

DSC 9143