PERATURAN PEPERIKSAAN AKHIR ILPKB

Periksaan akhir pada sesi 2 2017 ILPKB akan bermula pada 20-11-2017 (ISNIN), berkaitan dengan peraturan peperiksaan akhir dan jadual boleh lihat di perenggan dibawah :

 

PERATURAN PEPERIKSAAN AKHIR

 

  1. TATATERTIB PEPERIKSAAN AKHIR

 Pelajar dinasihatkan supaya berada di luar Dewan/Bilik Peperiksaan yang telah ditetapkan sebagaimana yang tercatat dalam Jadual Peperiksaan tidak lewat daripada LIMA BELAS (15) MINIT sebelum peperiksaan bermula.

  • Pelajar boleh dibenarkan masuk oleh Ketua Pengawas ke Dewan/Bilik Peperiksaan LIMA BELAS(15) MINIT sebelum waktu peperiksaan bermula.Pelajar hendaklah masuk dengan tertib.
  • Pelajar yang lewat hadir tetapi tidak melebihi TIGA PULUH(30)MINIT daripada waktu peperiksaan dimulakan dibenarkan mengambil peperiksaan,tetapi waktu tamat peperiksaanya bagi mata pelajaran tersebut adalah sama dengan pelajar lain.
  • Pelajar yang datang selepas TIGA PULUH (30) MINIT daripada waktu sesuatu peperiksaan dimulakan tidak dibenarkan masuk ke Dewan/Bilik Peperiksaan dan tidak boleh menduduki peperiksaan tersebut.
  • Pelajar tidak boleh meninggalkan Dewan/Bilik peperiksaan dalam masa TIGA PULUH (30) MINIT selepas peperiksaan bermula dan juga dalam masa LIMA BELAS (15) MINIT sebelum peperiksaan berakhir. Pelajar yang ingin keluar sebentar daripada Dewan/Bilik peperiksaan hendaklah meminta kebenaran daripada pengawas.
  • Pelajar yang tidak membawa kad pengenalan/Kad matrik tidak dibenarkan mengambil peperiksaan melainkan dengan kebenaran bertulis daripada penyelia peperiksaan.
  • Pelajar tidak dibenarkan sama sekali membawa apa-apa buku,kertas,gambar,nota,alat yang terdapat catatan bertulis,kalkulator,alat komunikasi atau sebarang alat kecuali yang dibenarkan oleh Ketua Pengawas ke dalam Dewan/Bilik peperiksaan,atau menerima barang-barang tersebut daripada mana-mana orang semasa berada di dalam Dewan/Bilik peperiksaan kecuali yang dibenarkan oleh Pemeriksa atau Lembaga Peperiksaan
  • Dalam masa LIMA BELAS (15) MINIT sebelum peperiksaan dimulakan,pelajar dibenarkan:-
  1. Mengisi Borang Kehadiran dan Maklumat yang dikehendaki di muka hadapan buku/Kertas jawapan peperiksaan
  2. Membaca Kertas soalan tanpa membuat sebarang catatan
  • Pelajar dikehendaki berada di tempat duduk masing-masing selepas tamat peperiksaan dan hanya dibenarkan keluar dari Dewan/Bilik peperiksaan setelah mendapat arahan daripada Ketua pengawas

2 SALAH LAKU PEPERIKSAAN

       Pelajar tidak boleh melakukan mana-mana salah laku peperiksaan seperti

       berikut:-

  1. Memberi atau menerima atau memiliki sebarang maklumat dalam bentuk elektronik, cetak atau apa-apa jua bentuk lain yang ada kaitan dengan sesuatu mata pelajaran semasa peperiksaan bagi mata pelajaran tersebut dijalankan sama ada di dalam atau di luar Dewan/Bilik peperiksaan melainkan dengan kebenaran Ketua Pengawas.
  2. Menggunakan maklumat yang diperolehi seperti di 2.0 (i) di atas bagi tujuan menjawab soalan peperiksaan.
  3. Menipu atau cuba untuk menipu atau berkelakuan mengikut cara yang boleh ditafsirkan sebagai menipu atau cuba untuk menipu semasa peperiksaan sedang dijalankan.
  4. Lain-lain salah laku yang ditetapkan oleh institut.

3 Hukuman

 Sekiranya pelajar didapati telah melakukan pelanggaran mana-mana

Peraturan peperiksaan ini,setelah dibicarakan oleh jawatankuasa dan disabitkan kesalahannya,boleh mengambil tindakan dari mana-mana satu,atau kombinasi yang sesuai dari dua atau lebih hukuman berikut:-

  1. Memberi markah SIFAR (0) bagi keseluruhan keputusan peperiksaan mata pelajaran yang berkenaan.(Termasuk kerja kursus)
  2. Memberi markah (0) bagi semua mata pelajaran yang ditaftarkan pada semester tersebut
  3. Mengantung pengajian pelajar selama satu tempoh yang difikirkan patut.Bilangan semesta dalam tempoh penggantungan dikira sebagai telah digunakan bagi tujuan pengiraan tempoh pengajian pelajar.

Click disini unutuk jadual peperiksaan akhir Sesi 2 2017.