Skil Iltizam Industrialised Building System (IBS) Production Technician

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dengan kerjasama Gamuda Berhad dan Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia, menawarkan program pembiayaan Peneraju Skil Iltizam Industrialised Building System (IBS) Production Technician, dimana belia-belia akan diberikan latihan di Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu (ILPKT).

FAEDAH DAN KEMUDAHAN:
1. Latihan asas selama 2 bulan di ILPKT
2. Elaun bulanan sepanjang latihan di ILPKT
3. Kemudahan asrama dan makan minum disediakan sepanjang latihan di ILPKT
4. On-Job-Training di Gamuda IBS Sepang selama 3 bulan dengan dibayar elaun
5. Ditawarkan pekerjaan oleh Gamuda Berhad sebagai IBS Production Technician
6. Gaji + Elaun bermula dari RM1200++ dalam tempoh pekerjaan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN :
1. Bumiputera Warganegara Malaysia sahaja
2. Lelaki dan perempuan lepasan SPM berumur 18 – 23 tahun
3. Sihat tubuh badan dan bebas dadah
4. Boleh bekerja secara 'shift' dan berminat dalam bidang pembinaan IBS
5. Sanggup menetap di Kuala Lumpur/Selangor
6. Lulus pemeriksaan kesihatan di Klinik/Hospital Kerajaan

Calon-calon yang berminat dan memenuhi kelayakan di atas, dijemput hadir temuduga terbuka (walk-in interview) dengan membawa senarai dokumen berikut:

1. Salinan Mykad calon dan ibu bapa
2. Salinan surat beranak calon dan ibu bapa
3. Salinan slip gaji terkini ibu bapa (sekiranya ada)
4. Salinan sijil berhenti sekolah
5. Salinan sijil SPM
6. Salinan sijil cerai/kematian (sekiranya berkenaan)
7. Resume
 
*Salinan dokumen hendaklah DISAHKAN.*

 Tarikh Temuduga:
 6 Januari 2018 (SABTU)

Masa: 8.30 pagi

Lokasi Temuduga: ILP Kota Bharu, Kelantan.

Pegawai untuk dihubungi:
Jun/Aqmaer

📞09-6652109
📧Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.