Pada 11 haribulan Mei 2017 berlansungnya aktiviti Sukan Pelajar bagi sesi 1 tahun 2017, bertemakan "SUKAN MENERAJUI KEHIDUPAN SEJAHTERA” dibawah anjuran Biro Sukan Bahagian Pengurusan Pelajar & Latihan Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu
Kejohanan sukan ini akan dijadikan aktiviti tahunan yang diadakan oleh Jawatankuasa Biro Sukan dengan kerjasama Biro Sukan & Rekreasi Kelab Sukan & Kebajikan Kakitangan (KSKK) ILP Kota Bharu. Program ini diharapkan menjadi program perintis dalam menggalakkan gaya hidup sihat dan aktif di kalangan Industri dan kakitangan serta pelajar ILP Kota Bharu. Program ini juga dapat mengeratkan hubungan antara Pelajar & warga institut. Selain itu program ini juga dapat memupuk semangat perpaduan sesama pelajar dengan harapan dapat meningkatkan lagi interaksi antara mereka. seterusnya saling bantu membantu dan mewujudkan kerjasama secara berpasukan. Program ini diharap dapat melahirkan dan mengetengahkan atlit berpotensi besar lagi berkualiti di peringkat institut. Selain itu, peserta diharapkan dapat memajukan sukan seterusnya menjadikan bidang sukan sebagai salah satu kerjaya atau profesion disamping memiliki kepakaran dalam bidang kemahiran.