Periksaan akhir pada sesi 2 2017 ILPKB akan bermula pada 20-11-2017 (ISNIN), berkaitan dengan peraturan peperiksaan akhir dan jadual boleh lihat di perenggan dibawah :
PERATURAN PEPERIKSAAN AKHIR
- TATATERTIB PEPERIKSAAN AKHIR
Pelajar dinasihatkan supaya berada di luar Dewan/Bilik Peperiksaan yang telah ditetapkan sebagaimana yang tercatat dalam Jadual Peperiksaan tidak lewat daripada LIMA BELAS (15) MINIT sebelum peperiksaan bermula.
- Pelajar boleh dibenarkan masuk oleh Ketua Pengawas ke Dewan/Bilik Peperiksaan LIMA BELAS(15) MINIT sebelum waktu peperiksaan bermula.Pelajar hendaklah masuk dengan tertib.
- Pelajar yang lewat hadir tetapi tidak melebihi TIGA PULUH(30)MINIT daripada waktu peperiksaan dimulakan dibenarkan mengambil peperiksaan,tetapi waktu tamat peperiksaanya bagi mata pelajaran tersebut adalah sama dengan pelajar lain.
- Pelajar yang datang selepas TIGA PULUH (30) MINIT daripada waktu sesuatu peperiksaan dimulakan tidak dibenarkan masuk ke Dewan/Bilik Peperiksaan dan tidak boleh menduduki peperiksaan tersebut.
- Pelajar tidak boleh meninggalkan Dewan/Bilik peperiksaan dalam masa TIGA PULUH (30) MINIT selepas peperiksaan bermula dan juga dalam masa LIMA BELAS (15) MINIT sebelum peperiksaan berakhir. Pelajar yang ingin keluar sebentar daripada Dewan/Bilik peperiksaan hendaklah meminta kebenaran daripada pengawas.
- Pelajar yang tidak membawa kad pengenalan/Kad matrik tidak dibenarkan mengambil peperiksaan melainkan dengan kebenaran bertulis daripada penyelia peperiksaan.
- Pelajar tidak dibenarkan sama sekali membawa apa-apa buku,kertas,gambar,nota,alat yang terdapat catatan bertulis,kalkulator,alat komunikasi atau sebarang alat kecuali yang dibenarkan oleh Ketua Pengawas ke dalam Dewan/Bilik peperiksaan,atau menerima barang-barang tersebut daripada mana-mana orang semasa berada di dalam Dewan/Bilik peperiksaan kecuali yang dibenarkan oleh Pemeriksa atau Lembaga Peperiksaan
- Dalam masa LIMA BELAS (15) MINIT sebelum peperiksaan dimulakan,pelajar dibenarkan:-
- Mengisi Borang Kehadiran dan Maklumat yang dikehendaki di muka hadapan buku/Kertas jawapan peperiksaan
- Membaca Kertas soalan tanpa membuat sebarang catatan
- Pelajar dikehendaki berada di tempat duduk masing-masing selepas tamat peperiksaan dan hanya dibenarkan keluar dari Dewan/Bilik peperiksaan setelah mendapat arahan daripada Ketua pengawas
2 SALAH LAKU PEPERIKSAAN
Pelajar tidak boleh melakukan mana-mana salah laku peperiksaan seperti
berikut:-
- Memberi atau menerima atau memiliki sebarang maklumat dalam bentuk elektronik, cetak atau apa-apa jua bentuk lain yang ada kaitan dengan sesuatu mata pelajaran semasa peperiksaan bagi mata pelajaran tersebut dijalankan sama ada di dalam atau di luar Dewan/Bilik peperiksaan melainkan dengan kebenaran Ketua Pengawas.
- Menggunakan maklumat yang diperolehi seperti di 2.0 (i) di atas bagi tujuan menjawab soalan peperiksaan.
- Menipu atau cuba untuk menipu atau berkelakuan mengikut cara yang boleh ditafsirkan sebagai menipu atau cuba untuk menipu semasa peperiksaan sedang dijalankan.
- Lain-lain salah laku yang ditetapkan oleh institut.
3 Hukuman
Sekiranya pelajar didapati telah melakukan pelanggaran mana-mana
Peraturan peperiksaan ini,setelah dibicarakan oleh jawatankuasa dan disabitkan kesalahannya,boleh mengambil tindakan dari mana-mana satu,atau kombinasi yang sesuai dari dua atau lebih hukuman berikut:-
- Memberi markah SIFAR (0) bagi keseluruhan keputusan peperiksaan mata pelajaran yang berkenaan.(Termasuk kerja kursus)
- Memberi markah (0) bagi semua mata pelajaran yang ditaftarkan pada semester tersebut
- Mengantung pengajian pelajar selama satu tempoh yang difikirkan patut.Bilangan semesta dalam tempoh penggantungan dikira sebagai telah digunakan bagi tujuan pengiraan tempoh pengajian pelajar.
Click disini unutuk jadual peperiksaan akhir Sesi 2 2017.