Sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) negara ini dijenamakan semula sebagai TVET Malaysia dalam usaha kerajaan memperkasakan rakyat serta memajukan negara ke tahap lebih tinggi.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penjenamaan semula TVET berupaya  mengubah dan memperbetulkan persepsi negatif masyarakat yang sering bertanggapan bahawa sistem pendidikan itu sebagai pilihan kedua atau hanya diceburi mereka yang tidak mempunyai kelayakan akademik baik.