Pada 15 April 2019 adalah hari terakhir perkhidmatan bagi Encik Mohamad Pickiry Hussin. Sempena hari persaraan ini, maka diadakan jamuan sempena memperingati jasa beliau.
Beliau pernah menuntut di United Kingdom, mahir berbahasa Jepun & Jerman, maka tak hairanlah beliau pernah menjelajah hampir seluruh benua eropah dan sebahagian sedikit benua Asia. Kepakaran beliau dalam bidang mekanikal dan IT. Beliau selalu ditugaskan untuk menjadi jurugambar / jurukamera dan video editor, sebelum ditugaskan di Instutut Latihan Perindustrian KB beliau pernah berkhidmat di ADTEC Kulim.