HUSM Derma Darah

Pihak Institut Latihan Perindustrian KB dengan kerjasama Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Krian akan megadakan program derma darah pada 22 Ogos 2019 (Khamis). Sehubungan itu, semua pelajar semester 1 dan 2 ILP Kota Bharu dijemput untuk menderma bagi membantu mereka yang memerlukan serta membantu menambah bekalan darah di Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian.

Kriteria penderma darah yang digariskan oleh Pusat Darah Negara :Sihat tubuh badan pada hari pendermaan.

  1. Penderma berumur
    • 17 tahun perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa atau penjaga.
    • di antara 18 hingga 60 tahun untuk penderma yang kali pertama menderma.
    • di antara 18 hingga 70 tahun untuk penderma yang pernah menderma (penderma berulang).
    • Bagi yang berumur 61-65 tahun, perlu mendapatkan kelulusan bertulis daripada doktor mengenai tahap kesihatan badan.
  2. Berat badan melebihi 45 kg.
  3. Tidur melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan.
  4. Tiada masalah kesihatan.
  5. Tidak mengambil sebarang ubat-ubatan.
    • Tidak mengambil antibiotik dalam tempoh 7 hari sebelum hari pendermaan.
    • Sila rujuk pegawai perubatan bertugas untuk ubat-ubatan lain.
  6. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah (tidak berpuasa).
  7. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut:
    • Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual).
    • Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual).
    • Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial / pelacur.
    • Bertukar-tukar pasangan hubungan jenis.
    • Mengambil dadah secara suntikan.
    • Menjadi pasangan hubungan jenis kepada mana-mana golongan di atas.
  8. Pendermaan terakhir sekurang-kurangnya 3 bulan untuk penderma darah penuh (whole blood), dan 2 minggu untuk penderma aferesis.
  9. Untuk penderma wanita:
    • Tidak mengandung.
    • Tidak datang haid.
    • Tidak menyusukan anak.
  10. Bagi penderma bukan warganegara Malaysia, penderma telah menetap di Malaysia sekurang-kurangnya selama 1 tahun.
  11. Jangan menderma darah jika anda:
    • Pernah tinggal di United Kingdom (England, Ireland Utara, Scotland, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan atau lebih.
    • Pernah tinggal di benua Eropah dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 6 bulan atau lebih.