A. Pelajar Baru Sesi 2/2020

  • Bilakah Pendaftaran Pelajar ILJTM dan bagaimanakah keadah pendaftaranya?
    a. Pelajar Baharu Lepasan SPM : Pelajar akan mendaftar secara atas talian bermula 1 hingga 26 September 2020 seperti yang telah dinyatakan dalam surat tawaran.
    b.Pelajar Baharu Program integrasi sambung Diploma, Pelajar Baharu Lepasan SKM menyambung Diploma dan Pelajar Baharu Kursus Teknologi Elektrik: Pelajar akan mendaftar secara terus ke Institut sepertimana yan gtertera dalam surat tawaran pada 29 November 2020 (Ahad).
  • Bagaimanakah keadah pembelajaran yang bakal berlangsung?
    Pembelajaran bagi Pelajar Lepasan SPM akan dilakasanakan secara atas talian bermula 27 September 2020 sehingga 26 Disember 2020 seterusnya pelajar akan menjalani pembelajaran secara bersemuka di institut masing-masing bermula 27 Disember 2020.
  • Bagaimanakah jika pelajar tidak mempunyai akses kepada kemudahan internet?
    Pelajar boleh menggunakan  kemudahan internet di mana-mana Pusat Internet Komuniti/ ILJTM/ Universiti Awam/ Sekolah yang berkolaborasi dengan ILJTM yang berdekatan.
  • Adakah pelajar peringkat sijil layak menerima elaun saku ?
    Ya, kesemua pelajar yang telah  membuat pengesahan pendaftaran dan memulakan latihan adalah layak untuk menerima elaun saku berjumlah RM 100.00 setiap bulan, pelajar hendaklah melengkapkan segala dokumen bagi tujuan pembayaran elaun semasa pendaftaran atas lain talian.

B. Pelajar Sedia Ada (Lama)

  • Bilakah Pendaftaran Pelajar sedia ada dan bagaimanakah keadah pendaftarannya?
        a. Pelajar ADTEC dan JTMI : menyambung semester akan mendaftar secara terus ke institut masing-masing pada 20 september 2020 (Ahad).
        b. Pelajar ILP : memyambung semester akan mendaftar secara terus ke institut masing-masing pada 1 September 2020 (selasa).
  • Bagaimanakah keadah pembelajaran yang bakal berlangsung?
     Pembelajaran bagi Pelajar sedia ada akan dilaksanakan secara bersemuka di institut masing-masing sejurus pendaftaran selasai iaitu pada 1 September 2020 bagi Pelajar ILP dan 20 September bagi Pelajar ADTEC dan JMTI. Pelajar perlu mamatuhi semua Prosedur Operasi Standard (SOP) dan Garis Panduan yang telah diluluskan oleh Majlis Keselamtan Negara (MKN).
  • Bagaimanakah pendaftaran pelajar yang tinggal di asrama ILJTM dilaksanakan?
    Sesi pendaftaran asrama akan dilaksanakan pada hari pendaftaran institut.

C. Peserta Kursus Jangka Pendek (KJP)

  • Bilakah Kursus Jangka Pendek (KJP) akan bermula?
    KJP di semua ILJTM dibenarkan mula beroperasi dari 15 Julai 2020.
  • Bagaimanakah keadah pembelajaran peserta KJP?
    Perlaksanaan kelas teori dilaksanakan secara bersemuka di bilik kuliah atau auditorium. Manakala latihan amali di bengkel dibuat secara induvidu atau secara berkumpulan.
  • Adakah peserta KJP wajib memakai pelitup muka dan membawa hand sanitizer?
    ILJTM tidak menyediakan hand sanitizer dan pelitup muka kepada peserta sepanjang kursus dijalankan. Peserta KJP digalakkan memakai pelitup muka (face mask) di tempat awam atau jika bergejala dan membawa hand sanitizer.
  • Adakah peserta KJP wajib menginap di asrama yang disediakan?
    Peserta KJP tidak diwajibkan menginap di asrama sepanjang tempoh kursus. Peserta boleh memohon dengan institut jika berhasrat untuk menginap di asrama dan kelulusan adalah tertakluk kepada kekosongan.