Adalah dimaklumkan Encik Nik Zain bin Ibrahim Penolong Pegawai Latihan Vokasional Gred DV40 akan bersara pada 12 November 2020. Satu Majlis Persaraan peringkat Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu akan diadakan seperti ketetapan berikut :-
Tarikh
10 November 2020 (Selasa)
Masa
11:00 pagi - 12:30 tengahari
Tempat
Dewan Besar ILP Kota Bharu
11:00 pagi
Semua Pegawai dan Kakitangan Berkumpul di Dewan Besar.
11:30 pagi
Ketibaan Encik Zain bin Ibrahim
Disambut oleh Pengarah, Timbalan Pengarah dan semua Ketua Jabatan, Penolong Pengarah, Ketua Bahagian & Kekitangan Khidmat Pengurusan.
Majlis Tandatangan Buku Pelawat oleh Encik Nik Zain bin Ibrahim.
Pegawai yang dirai diiringi ke Dewan Besar.
Bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.
Bacaan Doa oleh Ustaz Abdul Aziz bin Ibrahim.
Ucapan Pengarah ILP Kota Bharu
Ucapan Encik Nik Zain bin Ibrahim
Penyampaian Hadiah dari Jabatan.
Jamuan Makan.
2:30 tengahari
Pegawai yang dirai akan diiringi oleh Pasukan Motosikal untuk balik ke kediaman Encik Nik Zain bin Ibrahim