ILP KOTA BHARU || 15 APRIL 2020
PENYERAHAN SUMBANGAN FACE SHIELD DAN INTUBATION BOX DI HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB 2, KELANTAN.
ILP KOTA BHARU (ILPKB) telah menyerahkan sumbangan sebanyak 300 unit Face Shield iaitu 200 FS DIY dan 100 FS Printed kepada pihak Hospital Raja Perempuan Zainab II - RASMI, Kelantan. Selain itu, ILPKB juga menyerahkan 2 unit Intubation Box hasil kerjasama dengan pihak ILP Jitra. Sumbangan telah diserahkan oleh Ketua Bahagian Peyejukbekuan dan Penyaman Udara, En Adnan Bin Safie.
Semoga sumbangan ini dapat membantu frontliners dalam mengekang wabak COVID-19.