15 APRIL 2020 | ILJTM BERGANDING BAHU
ILP Kuala Terengganu telah menerima 500 unit frame Face Shield yang dihasilkan oleh ADTEC Kulim serta 700 keping A4 PVC Rigid Sheet sumbangan ILP Perai yang telah disampaikan oleh ILP Kota Bharu.ILP Kuala Terengganu juga telah menyerahkan 3,000 unit frame Face Shield yang telah dihasilkan oleh ADTEC Jerantut kepada ILP Kota Bharu.
ILP Kuala Terengganu turut menyerahkan 4 unit Screening Box kepada ILP Kota Bharu untuk diserahkan kepada Hospital Tanah Merah, Kelantan.