4 April 2020 || Setinggi-tinggi Penghargaan dan Terima Kasih

Sekalung Terima Kasih kepada semua yang memberi sumbangan kepada Team ILP Kota Bharu bagi meneruskan perjuangan suci menolong frontliner kita.

Sekali lagi kami mengucapkan ribuan terima kasih pada penyumbang kami yang terkini. Antara penyumbangnya adalah dari sahabat sepejuangan saya dan juga merupakan barisan Team CSR ILP Kota Bharu iaitu Puan Nor Faridah Aziz dan keluarganya. Beliau bersemangat turun padang bersama-sama suaminya berada di barisan hadapan untuk menjayakan misi kali ini.

Seterusnya kepada sahabat yang tidak mahu indentitinya di dedah. Terima Kasih. Tapi saya yakin dia membaca status ini, hihihih...terima kasih ye.

Ins Sha Allah, kami akan menggunakan sebaik-baiknya amanah yang telah di terima.