LP KOTA BHARU || 10 APRIL 2020

PENGAMBILAN FACE SHIELD DI ADTEC KULIM

ILP KOTA BHARU (ILPKB) telah membuat pengambilan Face Shield di Adtec Kulim bagi menampung permintaan dari pihak frontliner di Hospital dan Klinik Kesihatan di Negeri Kelantan dan juga agensi lain seperti JPAM dan anggota polis.

Sebanyak 1000 unit Face Shield dan 500 plastics sheet telah di terima oleh Ketua Bahagian Khidmat Komuniti & Pekerjaan, En Aminullah bin Md Jafri di Adtec Kulim. Terima kasih kami ucapkan.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih, kepada Adtec Jerantut yang merupakan institut terawal yang menyerahkan face shield untuk di edarkan di seluruh negeri Kelantan.

Pada masa yang sama pihak ILPKB juga berusaha membuat FS DIY seberapa banyak yang mungkin khusus bagi frontliner di barisan hadapan. Kerjasama ini di bantu oleh 8 ahli kumpulan staff perempuan ILPKB. Semoga mereka terus bersemangat.

Semoga kerjasama ini dapat membantu dalam mengekang wabak COVID-19.