LP Kota Bharu || 09 April 2020
SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH
Amatlah berbesar hati saya mewakii warga ILP KOTA BHARU ingin mengucapkan terima kasih bagi sukarelawan yang hadir membantu team kami pada pagi semalam dengan menyumbang material untuk membuat FS DIY. Dia juga adalah seorang yang sama-sama melakukan kerja amal di negeri Kelantan ini. Semoga Allah sentiasa merahmati anda Puan @azunizawa. Syukur hadirnya hamba Allah seperti dirimu.Sumbangan ini diterima oleh Tuan Pengarah, Abdullah bin Muhamad.
Seterusnya saya juga mewakili warga ILPKB ingin juga mengucapkan terima kasih kepada semua penderma yang telah memberi sumbangan mereka. Rakan sekerja saya iaitu Puan Nurul atau FB: Sweethonesty Yu dan rakan yang ingin dirahsiakan indentiti beliau, bekas pelajar ILPKB iaitu Jegan Perumal merupakan seorang yang hebat diluar sana, pengurus syarikat pembekal, rakan-rakan universiti saya dan rakan facebook saya. Terima Kasih semua.
Perjuangan ini belum selesai. Jadi saya sangat berharap kita tidak putus semangat dan sama-sama berganding bahu mengekang penularan Convid 19.
Sapa-sapa yang teringin untuk menyumbang sila PM saya.