ILP KOTA BHARU || 7 APRIL 2020

PENYERAHAN SUMBANGAN KEPADA HOSPITAL JELI, KLINIK KESIHATAN JELI, KELANTAN DAN HOSPITAL TANAH MERAH, KELANTAN.

ILP KOTA BHARU (ILPKB) telah menyerahkan sumbangan 50 unit Face Shield dan 2 unit Intubation Box kepada Hospital Jeli Kelantan pada petang ini. Sumbangan telah diserahkan oleh Pengarah ILP Kota Bharu, Tuan Abdullah Bin Muhamad dan Ketua Bahagian Khidmat Komuniti & Pekerjaan, En Aminullah bin Md Jafri kepada Pengarah Hospital Jeli, Kelantan.

Seterusnya, sumbangan juga di serahkan kepada Ketua Jururawat, Klinik Kesihatan Jeli, Kelantan sebanyak 50 unit Face Shield.

Sumbangan terakhir pada petang ini adalah di Unit Kecemasan, Hospital Tanah Merah, Kelantan yang di serahkan kepada Penyelian Unit Kecemasan HTM sebanyak 100 unit Face Shield.

Semoga sumbangan ini dapat membantu frontliners dalam mengekang wabak COVID-19.