ILP KOTA BHARU || 6 APRIL 2020
PENYERAHAN SUMBANGAN FACE SHIELD KEPADA HOSPITAL TENGKU ANIS DAN KLINIK KESIHATAN KETEREH
ILP KOTA BHARU (ILPKB) telah menyerahkan sumbangan 100 unit Face Shield kepada Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh, Kelantan pada pagi ini. Sumbangan telah diserahkan oleh Ketua Bahagian Khidmat Komuniti & Pekerjaan, En Aminullah bin Md Jafri kepada Pengarah dan Timbalan Pengarah Hospital Tengku Anis.
Seterusnya, sumbangan juga di serahkan kepada Unit Kecemasan Klinik Kesihatan Ketereh, Kota Bharu, Kelantan sebanyak 50 unit Face Shield.
Semoga sumbangan ini dapat membantu frontliners dalam mengekang wabak COVID-19.