Jabatan Tenaga Manusia dengan kerjasama Daikin Malaysia Sdn Bhd (DAMA) akan mengadakan program Persijilan Air-Conditioner Certified Technician (ACCT) yang merangkumi kursus teori, amali dan ujian penilaian bagi meningkatkan kemahiran teknikal pemasang penyamanan udara di Malaysia. Program ini dijalankan di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kota Bharu, Kelantan bermula April 2021. Kami warga ILP Kota Bharu mengalu-alukan kedatangan anda di My Daikin Academy @ ILP Kota Bharu. Maklumat lanjut, sila layari laman sesawang https://academy.daikinmalaysia.com/page/Home atau hubungi Unit Khidmat Komuniti & Pekerjaan (CESS) di talian 097742315.