Tiada artikel dalam kategori ini. Jika sub-kategori dipaparkan di laman ini, ia mungkin mengandungi artikel.

Sub-kategori

Penubuhan persatuan ini adalah berorientasikan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar tentang bagaimana untuk menjadi ahli sukarelawan yang berilmu dan berdisiplin . Melalui PBSM pelajar akan didedahkan tentang cara-cara menjalankan lawatan ke atas seseorang mangsa sama ada semasa tenang atau ketika suasana cemas.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ILP Kota Bharu (VAD 13) diselaraskan oleh beberapa pegawai penasihat iaitu En Kamarozaman Awang, En Nordin Zakaria, En Basri Dasuki dan beberapa orang pengajar lagi dari Jabatan Elektrikal dan Elektronik. Aktiviti yang dijalanlan dikendalikan oleh tenaga pengajar PBSM dari cawangan Kota Bharu, Kelantan yang berpengalaman luas pada setiap hari Rabu pada jam 2.00 ptg hingga 5.00 ptg .

Pelbagai aktiviti yang dijalankan termasuk latihan kawad kaki, latihan pertolongan cemas, lawatan hospital ke wad kecemasan, ceramah tentang punca-punca penyakit dan pencegahannya dan perkemahan rekreasi.

Rela mula ditubuhkan secara rasmi pada sesi satu 2014 bagi memacu keperluan semasa, idea penubuhan pasukan Rela dicetuskan oleh En. Shrim @ Sharim B Mat Hussin dari bengkel Elektrik. Setelah persetujui penubuhanya, ahli-ahli pasukan Rela terdiri dari Bengkel Binaan Bangunan, Elektrik & Teknologi Komputer

Penubuhan dan penyertaan pelajar-pelajar JPA3 di ILP Kota Bharu bertujuan mengadakan langkah-langkah Pertahanan Awam dan perkhidmatan bantuan kecemasan bagi mengurangkan kehilangan jiwa dan kerosakan harta benda yang disebabkan oleh bencana atau akibat tindakan musuh demi mewujudkan keselamatan yang menjamin kesejahteraan untuk pembangunan negara yang berterusan.
Latihan diadakan setiap hari Khamis pada jam 2.00 ptg hingga 3.30 ptg yang dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih yang berpengalaman dari JPA3 Cawangan Kota Bharu, Kelantan. Pegawai penyelaras JPA3 ILP Kota Bharu terdiri daripada En. Rosli Hamid, En Nik Zain, En Asmadi dan beberapa pengajar dari Jabatan Mekanikal dan Pengeluaran.
Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan pelajar-pelajar dapat memupuk dan melahirkan nilai-nilai seperti cekap dan tepat, berdisplin dan bertanggungjawab, kerja berpasukan dan berkhidmat dengan ikhlas. Apa yang diperolehi daripada aktiviti yang dijalankan ia bersesuaian dengan moto JPA3 iaitu ‘SENTIASA SIAP SEDIA’ dan ‘SELANGKAH KE HADAPAN’.

Aktiviti yang dijalankan:

- Latihan kawad.
- Mengadakan pertunjukan atau demonstrasi pada hari-hari tertentu.
- Latihan pertolongan cemas.
- Pertandingan Kawad Peringkat Negeri.
- Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri (Johan pada tahun 2004)

Walaupun baru ditubuhkan, namun persatuan ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada kalangan pelajar terutamanya yang minat akan persatuan yang cergas, dan penuh adventure. Persatuan ini diselarasakan oleh En. Nazri Mohd Nor, En Sebi Hamat, En Rodhy Hamzah dan beberapa pengajar dari Jabatan Mekanikal. Mereka mengadakan latihan pada setiap hari Rabu pada jam 2.00 ptg hingga 5.00 ptg dengan dibantu oleh pegawai-pegawai Bomba dari Cawangan Kota Bharu bagi menjalankan aktiviti.

Antara objektif penubuhan persatuan ini adalah memberikan pendedahan kepada ahli tentang tugas-tugas pasukan bomba dan penyelamat, melatih pelajar cara-cara mencegah daripada berlaku kebakaran dan memberikan pengetahuan tentang ciri-ciri keselamatan secara umum dan menambah minat pelajar terhadap kerjaya sebagai anggota bomba dan penyelamat.



Aktiviti yang dijalankan:
- Latihan kawad.
- Mengadakan pertunjukan atau demonstrasi pada hari-hari tertentu.
- Menganjurkan ceramah mengenai keselamatan yang berkaitan dengan kebakaran.
- Mengadakan latihan kecemasan kebakaran di pusat latihan dari semasa ke semasa

OSense O-Sense