Kursus Teknikal Jangka Panjang & Pendek Kota Bharu, Kelantan

Gambar sesi latihan

Walaupun baru ditubuhkan, namun persatuan ini telah mendapat sambutan yang hangat daripada kalangan pelajar terutamanya yang minat akan persatuan yang cergas, dan penuh adventure. Persatuan ini diselarasakan oleh En. Nazri Mohd Nor, En Sebi Hamat, En Rodhy Hamzah dan beberapa pengajar dari Jabatan Mekanikal. Mereka mengadakan latihan pada setiap hari Rabu pada jam 2.00 ptg hingga 5.00 ptg dengan dibantu oleh pegawai-pegawai Bomba dari Cawangan Kota Bharu bagi menjalankan aktiviti.

Antara objektif penubuhan persatuan ini adalah memberikan pendedahan kepada ahli tentang tugas-tugas pasukan bomba dan penyelamat, melatih pelajar cara-cara mencegah daripada berlaku kebakaran dan memberikan pengetahuan tentang ciri-ciri keselamatan secara umum dan menambah minat pelajar terhadap kerjaya sebagai anggota bomba dan penyelamat.

Aktiviti yang dijalankan:
- Latihan kawad.
- Mengadakan pertunjukan atau demonstrasi pada hari-hari tertentu.
- Menganjurkan ceramah mengenai keselamatan yang berkaitan dengan kebakaran.
- Mengadakan latihan kecemasan kebakaran di pusat latihan dari semasa ke semasa