Latihan pertolangan cemas 2015

Penubuhan persatuan ini adalah berorientasikan bagi meningkatkan kesedaran di kalangan pelajar tentang bagaimana untuk menjadi ahli sukarelawan yang berilmu dan berdisiplin . Melalui PBSM pelajar akan didedahkan tentang cara-cara menjalankan lawatan ke atas seseorang mangsa sama ada semasa tenang atau ketika suasana cemas.

Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ILP Kota Bharu (VAD 13) diselaraskan oleh beberapa pegawai penasihat iaitu En Kamarozaman Awang, En Nordin Zakaria, En Basri Dasuki dan beberapa orang pengajar lagi dari Jabatan Elektrikal dan Elektronik. Aktiviti yang dijalanlan dikendalikan oleh tenaga pengajar PBSM dari cawangan Kota Bharu, Kelantan yang berpengalaman luas pada setiap hari Rabu pada jam 2.00 ptg hingga 5.00 ptg .

Pelbagai aktiviti yang dijalankan termasuk latihan kawad kaki, latihan pertolongan cemas, lawatan hospital ke wad kecemasan, ceramah tentang punca-punca penyakit dan pencegahannya dan perkemahan rekreasi.