Lihat Projek Dipertandingkan KRISTEK 2018

Search
SPEECH REMINDERMenghasilkan satu sistem peringatan masa berucap yang dapat membantu memudahkan lagi urusan pengurus acara majlis dan juga kepada para pengucap yang seringkali lalai memberi ucapan sehinggakan memakan masa yang telah diperuntukkan. Bahkan sehingga kadang-kadang memakan masa ketika berucap sampai menjejaskan masa PDP. .NOOR JHAN BINTI ABU LAISPelajar
SMART WELDING JIGSmart Welding Jig (SWJ). SWJ merupakan satu inovasi penambahbaikan terhadap rekabentuk Welding Jig (WJ) sediada yang telah digunakan di bengkel kimpalan. Pada umumnya, WJ adalah peralatan utama yang digunakan bagi memegang bendakerja seperti paip dan plat semasa latihan kimpalan dijalankan. Antara kelemahan utama WJ sediada adalah keterbatasan dari segi fungsinya untuk memegang bendakerja dalam semua 27 posisi kimpalan yang diperlukan. Lantaran itu, dengan terhasilnya SWJ yang telah menggabungkan kesemua aksesori dalam satu peralatan telah menjadikan produk ini lebih fleksibel sekaligus menjimatkan masa.NIK FADLEY OSMAN BIN NIK AHMADPensyarah
SEMI AUTO STRIPPER CABLESEMI AUTO STRIPPER CABLE merupakan satu projek inovasi menaik taraf projek yang sedia ada. Mesin ini berfungsi secara separa automatik dan boleh beroperasi secara manual jika tiada bekalan disambungkan. Dapat memudahkan kerja pengupasan kabel di dalam kuantiti banyak Mesin ini beroperasi secara separa automatik dan sebagai alat bantuan pembelajaran.
Mesin ini mengunakan bekalan 415v AC.
Raja Muhd Shahrul Bin Raja AliPelajar
E2u shower trolleyE2U SHOWER TROLLEY (EASY TO USE SHOWER TROLLEY) ADALAH MERUPAKAN ALAT YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN PESAKIT TERLANTAR.PROJEK INI ADALAH MERUPAKAN CETUSAN IDEA KESEMUA AHLI KUMPULAN HASIL DARI PEMERHATIAN DAN PERBINCANGAN BERSAMA,IDEA INI TIMBUL APABILA MELIHAT KEKANGAN DAN MASALAH YANG DIHADAPI OLEH KAKITANGAN YANG MENGURUSKAN PENGHUNI TERLANTAR TERUTAMANYA SEMASA MEMANDIKAN PENGHUNI.NORULAZWANI BINTI ZAKARIATerbuka
Vehicle Accident TrackerPada masa kini, kenderaan menjadi nadi pengangkutan utama di dunia. Dengan adanya kenderaan, pergerakan manusia menjadi mudah dan segala urusan dapat dijalankan dengan mudah. Namun begitu, satu perkara yang tidak dapat dielakkan sewaktu memandu kenderaan adalah kemalangan. Kemalangan berlaku tanpa diduga dan ia adalah sesuatu yang tragis sekiranya melibatkan kehilangan nyawa. Menurut statistik yang direkodkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 512,466 kemalangan telah berlaku pada tahun 2017 dan daripada jumlah itu, purata 22 kematian berlaku daripada setiap 100,000 kemalangan*. Angka ini adalah meningkat sehingga 3.7 peratus setahun. Kebiasaannya kemalangan sehingga menyebabkan kematian berlaku adalah kesan dari kadar keterukkan kemalangan itu sendiri dimana kebanyakkan mangsa meninggal di tempat kejadian tanpa sempat diselamatkan. Satu lagi faktor adalah mangsa masih berpeluang untuk diselamatkan tetapi atas sebab bantuan yang lambat tiba hingga menyebabkan mangsa tidak sempat diselamatkan. Antara punca utama bantuan awal gagal diberikan adalah kelewatan menghubungi pihak perubatan atau pihak berkuasa, keadaan ini berlaku jika kemalangan terjadi dikawasan-kawasan terpecil seperti di kawasan pendalaman ataupun didalam gaung. Tiada saksi ataupun orang awam yang dapat melaporkan kepada pihak perubatan dengan serta –merta sekiranya berlaku kemalangan. Selain itu, kesukaran mengenalpasti lokasi sebenar kemalangan juga menjadi penyebab bantuan lambat untuk diberikan. Justeru itu, satu projek yang diberi nama ‘VEHICLE ACCIDENT TRACKER’ atau singkatannya V-TRACKA adalah satu projek yang dibangunkan khas untuk mengatasi permasalahan ini. Projek ini adalah berkonsepkan kit plug-and-play dimana ia boleh digunakan terus pada kenderaan tanpa memerlukan sebarang modifikasi kenderaan ataupun pendawaian tambahan. Apabila suis utama diaktifkan, ia boleh terus digunakan dan pengguna boleh memulakan pemanduan sepertia biasa, apabila berlaku sebarang keadaan yang abnormal pada kenderaan contohnya berlaku pelanggaraan ataupun kereta terbalik, sensor pengesan akan mengaktifkan isyarat Global Positioning System (GPS) dan isyarat kecemasan (S.O.S) akan dihantar kepada nombor telefon penerima ataupun waris terdekat beserta dengan koordinat lokasi kemalangan.

PENYATAAN MASALAH
1. Hampir 500,000 kemalangan berlaku di Malaysia setiap tahun dan daripada jumlah itu, 21 daripada 100,000 populasi rakyat Malaysia adalah meninggal disebabkan kemalangan – JKJR
2. Bantuan perubatan yang lambat tiba menjadi penyumbang kepada faktor kematian apabila kemalangan berlaku.
3. Kelewatan bantuan disebabkan tiada laporan yang dibuat dengan serta – merta kepada pasukan perubatan
4. Kemalangan yang berlaku di kawasan terpencil seperti di dalam gaung dan kawasan hutan menyebabkan tiada yang menyedari akan kemalangan yang berlaku

OBJEKTIF
1. Merekabentuk sebuah modul yang berupaya mengesan kemalangan dengan koordinat lokasi sebenar.
2. Membangunkan sebuah modul yang boleh digunakan terus pada kenderaan secara plug-and-play tanpa sebarang modifikasi kenderaan.
3. Berupaya menghantar isyarat kecemasan serta merta sejurus kemalangan berlaku kepada waris/pihak perubatan beserta lokasi koordinat yang sebenar.

NOVELTY
1. MUDAH ALIH
 Boleh dibawa kemana-mana pada bila-bila masa.
 Boleh juga digunakan sebagai peranti mengesan kehilangan kenderaan ataupun sebagai alat ketika menjalankan aktiviti trekking.
2. Konsep Plug-and-play
 Boleh dipasang dan ditanggalkan bila-bila masa
 Tidak memerlukan pendawaian tambahan pada kenderaan
 Tidak memerlukan sumber bekalan kuasa luar
3. Mampu milik
 Harga yang murah dan mampu dimiliki oleh kebanyakan rakyat Malaysia
Nasiruddin Bin SadanPelajar
FAST AND EASY OIL FILLERPada masa kini, kenderaan ringan seperti kereta adalah menjadi satu keperluan asas kehidupan. Kami dapati bahawa, hampir setiap isi rumah yang bekerja mempunyai kereta sendiri. Oleh hal yang demikian, keperluan dalam selenggara kenderaan perlu dilakukan bagi mengelak berlakunya masalah yang lebih teruk terjadi. Antara keperluan utama yang kerap diselenggara adalah minyak enjin dan juga minyak transmisi. Setiap model kenderaan mempunyai kedudukan tempat pengisian minyak yang berbeza yang menyebabkan kesukaran bagi mekanik untuk mengisi sekiranya dilakukan sendirian. Oleh yang demikian, terciptanya Fast & Easy Oil Filler ini bagi memudahkan mekanik mengisi minyak transmisi bagi semua model kenderaan. Peralatan ini juga dapat menjimatkan masa dan juga pengisian minyak pada kuantiti yang betul. Ia juga memudahkan dalam proses pengisian minyak differential bagi kenderaan pacuan belakang. Fast & Easy Oil Filler ini merupakan satu alatan yang berfungsi dengan menggunakan kaedah tekanan bagi mempercepatkan pengisian minyak kedalam sistem enjin dan transmisi. Mini air compressor digunakan untuk memberi tekanan kedalam sistem sehingga mencapai tekanan yang diperlukan. Disamping itu juga, alatan ini juga boleh dijadikan alatan alternatif sebagai pam untuk mengisi angin tayar kenderaan. Peralatan ini sangat sesuai digunapakai di bengkel automotif, pusat servis kenderaan dan juga persendirian. Peralatan ini kecil, ringan dan mudah dibawa kemana-mana sekiranya keadaan kecemasan.AHMAD SOFAR BIN SHAFIE SENIKPelajar
WELDING INSPECTION TOOLBOXWelding Inspection Toolbox merupakan satu produk yang dihasilkan untuk memudahkan "welding inspector" membuat pemeriksaan keatas bahan kerja yang telah dikimpal. Produk ini sesuai digunakan di bengkel-bengkel kimpalan, pusat latihan yang melibatkan kimpalan dan di tapak-tapak projek. Produk ini telah dilengkapi dengan pelbagai peralatan dan sangat sesuai untuk kerja-kerja pemeriksaan terhadap sambungan kimpalan.ZAIROYI BIN HAMZAHPelajar
MESIN PENGUKIR PANTOGRAFMesin pengukir pantograf ini merupakan satu produk alternatif untuk kegunaan industri kecil dan sederhana (IKS) dalam mengatasi masalah untuk meningkaktkan produk pengeluaran dan memudahkan kerja-kerja mengukir kayu secara manual. Mesin ini boleh digunakan untuk mengukir pelbagai produk seperti pintu, bingkai gambar, panel kayu, perabot kayu dan sebagainyaAHMAD ADDAILAMI BIN MOHAMEDPelajar
GI PEFACTInovasi Green Impact Pressure Facilities (GI-PeFact) merupakan peralatan untuk menghasilkan udara yang bertekanan tinggi untuk memudahkan kerja-kerja baik pulih & penyelenggaraan. Keunikan dalam rekaan menggunakan bahan terbuang yang dikitar semula menepati Konsep ‘GREEN INOVATION’. Rekaan Pemampat Udara ini direka mempunyai ciri nilai tambah seperti keupayaan mudah alih, beroperasi secara senyap, mempunyai pilihan punca bekalan kuasa dan rekaan mudah diselenggara dengan mengambil kira alat ganti yang lebih ekonomi.
Antara kelebihan yang boleh diperolehi dengan penggunaan alat ini ialah :
1) Membekalkan udara bertekanan kepada pengguna bagi tujuan menggerakkan peralatan berasaskan “Air Pressure Power Tool “.
2) Dalam masa yang sama, boleh digunakan bagi tujuan vacum pada system penghawa dingin.
3) Peralatan Beroperasi tanpa bunyi yang mana peralatan yang ada di pasaran terlalu bising dan tidak sesuai digunakan dirumah kediaman dan ditempat awam.
4) Peralatan beroperasi mudah alih dan boleh di asingkan bahagian tertentu bagi tujuan memudahkan pergerakkan seperti ditempat yang sukar.
5) Tidak bergantung pada punca electric domestic (AC 240) dan boleh digunakan dengan kuasa bateri (DC Supply)
6) Kos Penukaran Alatganti lebih murah dan mudah didapati dengan kos lebih ekonomi jika dibandingkan dengan peralatan dipasaran.
7) Sesuai bagi program Bengkel Kaedah Mampu bina dikalangan mereka yang berminat dan mempunyai sedikit asas teknikal.
KHAIRI HAMIZAN BIN JAILANI Pelajar
MULTIFUNCTION CHAIRMULTIFUNCTION CHAIR YANG BERKONSEPKAN ZEN. DIREKA UNTUK MEMUDAHKAN PENGGUNA KETIKA BERADA DI RUANGAN BILIK YANG SEMPIT. KERUSI YANG BOLEH DIUBAH MENJADI TANGGA DAN PENYIDAI PAKAIAN.MUHAMMAD FAIZ IKHMAL BIN ZUHAWARIPelajar
CONVERTIBLE BENCHKONSEP REKABENTUK CONVERTIBLE BENCH YANG BERTEMAKAN HIPSTER. OBJEKTIF PRODUK INI UNTUK MENGHASILKAN KERUSI YANG BOLEH DIJADIKAN PELBAGAI FUNGSI DAN MEMENUHI REKAAN PRODUK YANG MENGGABUNGKAN KERUSI DAN MEJA.MOHD FARID BIN MUSTAFAPensyarah
Mini Portable Air Cooler'Mini Portable Air Cooler' yang dihasilkan oleh kami adalah untuk mengatasi masalah bagi pelajar ketika terputusnya bekalan elektrik di asrama. Kemungkinan ketiadaan elektrik tidak boleh diduga di mana ianya boleh berlaku tidak mengira masa. Alat ini juga adalah satu alternatif bagi memudahkan dan menjimatkan tenaga elektrik pada satu-satu masa. Untuk memanfaatkan sumber elektrik yang terjana secara semulajadi ini melalui tenaga solar, pelajar juga dapat menggunakan 'Mini Portable Air Cooler' untuk menyalakan lampu belajar dan mengecas hp atau alatan yang menggunakan arus elektrik bervoltan rendah tanpa bergantung kepada punca elektrik berbayar. Hal ini bukan sahaja dapat menjimatkan pelajar, bahkan dapat memudahkan generasi akan datang selaras kehendak keadaan kemajuan dunia sekarang iaitu ke arah “Teknologi Hijau”. Justeru itu, rekaan ini adalah bersesuaian dengan kehendak dan sangat efektif untuk digunakan.Aidi Shahrun bin AbdullahPelajar
V SMART V SMART (Vise Jaw Accessories) merupakan alatan inovasi dari penambahbaikan M-SPEC (VISE JAW ACCESSORIES). Alatan ini yang digunakan untuk memudahkan proses memegang bendakerja berbentuk silinder dan segiempat. Mekanisma utama yang digunakan ialah dengan menggunakan V-shape dengan pelbagai saiz di dalam satu bongkah bagi memegang bendakerja berbentuk silinder berukuran diameter 2mm hingga diameter100mm dan berbentuk segiempat dengan ukuran sehingga 100mmᵌ

Tercetusnya idea untuk menghasilkan alatan ini ialah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi semasa proses memegang dengan menggunakan ragum meja dan juga ragum mesin. Antara masalah-masalah yang dihadapi semasa proses tersebut seperti

1. Ragum meja tidak dapat memegang benda kerja berbentuk silinder.
2. Memerlukan perlbagai saiz V-blok bagi memegang pelbagai saiz bendakerja silinder.
3. Kesukaran mendapatkan kedudukan sudut 90°dan 180° ketika memegang bendakerja silinder bersama V-blok.
4. Memerlukan ragum jenis universal bagi membuat bentuk chamfer pada bendakerja segiempat.
5. Masa yang diambil untuk proses memegang bendakerja adalah lama.

Bila diselidik dan dikaji semua masalah yang hadapi diatas juga turut dihadapi oleh pihak industri terutama industri automotif, perabut ,kimpalan dan pembuatan pemesinan. Oleh itu, diharapkan dengan terhasilnya alatan ini dapat memenuhi kehendak Industri yang menggunakan meja ragum dan ragum mesin khususnya di Malaysia dan secara amnya para pelajar.
MOHD MULIADY BIN MASENINPelajar
Power Drill Accessories KitProjek inovasi yang dihasilkan oleh kami adalah mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar terhadap penggunaan mesin gerudi yang ada di bengkel serta masalah pada pekerja-pekerja syarikat kontraktor dan bengkel-bengkel kecil dalam mengendalikan mesin gerudi. Kami memperkenalkan sebuah rekabentuk alat tambahan penggerudian yang fleksibel iaitu Power Drill Accessories Kit. Ianya merupakan sebuah alatan yang dapat membantu menyelesaikan masalah untuk membuat penggerudian pada kedudukan yang tegak dan tepat serta mempunyai kaedah penyimpanan yang lebih baik. Tujuan rekabentuk alatan ini adalah untuk menghasilkan produk yang berkualiti dengan kos yang minimum dan dapat meningkatkan produktiviti. Pertimbangan rekabentuk Power Drill Accessories Kit ini mengambil kira beberapa faktor untuk mendapatkan kualiti produk yang lebih baik, effisien dengan kos yang lebih rendah. Dengan menggabungkan beberapa idea, rekabentuk ini adalah lebih ekonomi, mudah digunakan, dan mudah disimpan dalam kotaknya. Justeru itu, kami yakin alatan ini dapat membantu industri berskala kecil yang memerlukan pencapaian matlamat pengeluaran produk dan menyediakan penyelesaian mudah untuk mengatasi masalah pada alatan yang sedia ada.Sharizad bin SaadPelajar