Lihat Projek Dipertandingkan KRISTEK ILPKB

Search
UNIVERSAL HUB HOLDERSINOPSIS
Produk inovasi kumpulan kami dinamakan sebagai Universal Hub Holder . Ia digunakan apabila nat drive shaft terlalu ketat dan ia tidak dapat dibuka dengan menggunakan impact wrench. Universal Hub Holder ini berperanan menahan dari hub berputar ketika mekanik hendak membuka nat drive shaft dengan menggunakan soket box dan paip besi dengan mudah dan selamat. Universal Hub Holder adalah alat yang telah direka untuk kemudahan kepada pemilik bengkel atau mekanik untuk melakukan kerja dengan mudah walaupun seorang diri. Di samping itu dengan adanya Universal Hub Holder ini, ia dapat mengelakkan daripada skru bengkok atau kerosakkan pada bebenang skru tayar dan boleh digunakan untuk semua jenis kereta .
Cara Penggunaan
1. Apabila nat drive shaft tidak dapat dibuka, Universal Hub Holder dimasukkan pada skru tayar.
2. Laraskan Universal Hub Holder mengikut kesesuaian pada skru tayar dan perlu diikat pada skru supaya tidak bergerak dan merosakan benang.
3. Selepas itu mengunakan soket box dan paip besi bagi membuka nat drive shaft.
CHE ASMADI BIN ABDULLAHTerbuka
GI PEFACTInovasi GI-PeFact merupakan peralatan untuk menghasilkan udara yang bertekanan tinggi untuk memudahkan kerja-kerja baik pulih & penyelenggaraan.Keunikan dalam rekaan menggunakan bahan terbuang yang dikitar semula menepati Konsep ‘GREEN INOVATION’.

Rekaan Pemampat Udara ini direka mempunyai ciri nilai tambah seperti keupayaan mudah alih, beroperasi secara senyap, mempunyai pilihan punca bekalan kuasa dan rekaan mudah diselenggara dengan mengambil kira alat ganti yang lebih ekonomi.
NORAINI BINTI SABIESPensyarah
MULTI LINE ACRYLIC BENDINGInovasi M-Line Acrybend ini dicipta khas untuk memudahkan kerja-kerja frabrikasi membentuk kepingan Acrylic.Rekacipta ini dilengkapi dengan 3 pemanas dawai nikrom yang boleh dilaraskan kedudukannya yang berfungsi untuk melembutkan permukaan kepingan Acrylic secara garisan nipis mengikut saiz diameter dawai supaya kerja membengkok dan membentuk kepingan mudah dilakukan.

Objektif projek inovasi.

1.Meningkatkan ketepatan sudut dan bentuk bahagian produk mengikut spesifikasi yang dikehendaki.

2. Mengelak dan meminimakan bahagian produk yang perlu dicamtum.

3. Meningkatkan tahap kekemasan produk terutama pada permukaan kepingan plastik.

4. Mengurangkan sisa habuk dan kepingan yang dihasilkan semasa pemotongan kepingan plastik Acrylic.

5. Menyingkatkan lagi masa penghasilan produk.
AZUAN FAILANI BIN ARIFFINPensyarah
Halaman 2 dari 2