*** Kursus ini telah di mansuhkan ***

Para pelatih akan memperolehi kemahiran teori dan amali didalam asas kerja-kerja logam, menyelenggara dan memesin benda kerja. Pelatih juga akan mempelajari kaedah membuat pelbagai alat dan alatganti dengan menggunakan mesin seperti Mesin Kisar, Canai dan Larik. Selain itu mereka juga akan mempelajari kaedah membuat, membaca dan memahami pelan (Blueprint) serta berpengetahuan dalam aspek keselamatan dan pengurusan bengkel. Lulusan kursus ini akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 & 2.


KELAYAKAN MASUK

Berumur 17 hingga 35 tahun.
SPM/SPMV dengan LULUS Subjek Bahasa Melayu, Metematik/Matematik Tambahan dan Sains/Sains Tambahan/Kimia/Pemesinan Berkomputer/Amalan Bengkel Mekanikal/Teknologi Bengkel Mesin/Lukisan Geometri & Mesin. **Tidak buta/buta warna/rabun/pekak(tanpa alat bantuan)/bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh meyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.



KANDUNGAN LATIHAN :

 

Tahap Satu
Comply with workshop safety practices, Practice workshop ergonomic, Understand workshop drawing & blueprint, Perform bench work, Select type of materials, Perform maintenance work on machine & equipment, Perform drilling operation (Radial & Column Drill), Perform turning operation, Perform Milling Operation, Perform Grinding Operation, Perform Quality Control.

Tahap Dua
Understand workshop drawing & blueprint, Perform bench work, Select type of materials, Perform maintenance work on machine & equipment, Perform turning operation, Perform Milling Operation, Perform Grinding Operation, Perform Electrical Discharge Machining (EDM).



KERJAYA
Peluang pekerjaan bagi pemesin – pemesin banyak terdapat di bengkel – bengkel kejuruteraan, pelebur logam (foundry), kilang – kilang perkakas mesin, tempat membina dan membaiki kapal, kilang penapis minyak serta kilang – kilang membuat dan membaiki loji dan jentera