Pelatih akan diajar menyelenggara, membaikpulih enjin kereta, sistem pacuan, sistem brek, sistem autoelektrik, sistem stereng, sistem gantungan dan sistem penyamana udara, memasang komponen-komponen kenderaan dan memandu uji serta teknik-teknik keselamatan mengikut kehendak ordinan lalulintas. Lulusan kursus ini akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 & 2.


KELAYAKAN MASUK

SPM/SPMV LULUS Bahasa Melayu, Matematik/Matematik Tambahaan dan Sains/Sains Tambahan/sains Gunaan/Fizik/Kimia/Menservis Automobil/Automotif Kenderaan/Automotif Elektrik & Diesel/Teknologi Automotif/Menservis & Membaiki Kenderaan.


Tidak buta/buta warna/rabun/pekak/ (tanpa alat bantuan)/bisu/cacat fizikal/anggota yang boleh meyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

 

KANDUNGAN LATIHAN :
Tahap Satu
Perform vehicle maintenance and road test, service carburetor system,service diesel fuel system, service vehicle electrical system, perform engine repair, repair clutch system, repair manual drive train, repair braking system, repair steering system, repair suspension system, service air conditioning system.

 
Tahap Dua
Perform vehicle maintenance and road test, service carburetor system, service diesel fuel system, service vehicle electrical system, perform engine repair, repair clutch system, service electronic fuel injection system, repair manual drive train, repair automatic transmission, repair braking system, repair steering system, repair suspension system, service air conditioning system

 
KERJAYA
Bertambahnya bilangan kenderaan dari sehari ke sehari, menyediakan peluang pekerjaan yang banyak dalam bidang ini seperti bekerja di pusat-pusat servis kenderaan dan kilang-kilang pemasangan kereta atau membuka bengkel sendiri.Selain itu, boleh menyambung latihan ke tahap 3 atau mengambil diploma di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM).