Para pelatih kursus ini dilatih kemahiran teori dan amali didalam segala keadan kerja atau teknik pemasangan, pendawaian, menguji, mengendalikan, mengesan kerosakan, membaiki alat-alat elektrik domestik dan industri. Selain daripada itu pelatih akan didedahkan kepada prinsip-prinsip dan penggunaan sistem-sistem kawalan elektrik, elektronik, ilmu hisab, ketukangan, lukisan teknik, lukisan schematic, lukisan pendawaian dan blue print. Lulusan kursus ini akan menerima Sijil Pendawai Elektrik Fasa Tunggal (JBE).



KELAYAKAN MASUK

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur 17 hingga 35 tahun;
3. Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk syarat mengikut kursus);
4. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan (bagi kursus bertanda #);
5. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata /tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota
yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
syarat mengikut kursus (tambahan) - B19 Sijil Teknologi Elektrik (3 Fasa) (SKM Tahap 2 & 3)
1. Berumur 18 tahun ke atas;
2. Memiliki SPM dengan:
 (a) Lulus Bahasa Melayu;
 (b) Lulus Matematik / Matematik Tambahan;
 (c) Lulus Sains/Sains Tambahan/Sains Gunaan/Fizik/Kimia atau subjek
 teknikal berikut:
 - Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
 - Pendawaian Domestik
 - Menservis Peralatan Elektrik Domestik
 - Prinsip Elektrik & Elektronik
 - Aplikasi Elektrik & Elektronik
 - Teknologi Elektrik
 - Pemasangan Kawalan Elektrik
 - Lukisan Geometri & Elektrik; dan
 (d) Lulus Sejarah
3. Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/
 ketidakupayaan fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja
 amali dan sesi pembelajaran.



KANDUNGAN LATIHAN :

Semester 1
Orientasi ketukangan, Asas kerja logam, Asas elektrik, Kerja pemasangan domestik fasa tunggal, Lukisan teknikal dan kejuruteraan elektrik domestik, Alat-alat elektrik domestik, Alat-alat pengukur elektrik A.T dan A.U, Arus ulang alik. .

Semester 2
Kerja pemasangan pendawaian elektrik industri, Kerja pendawaian elektrik tiga fasa, Lukisan kejuruteraan elektrik pemasangan industri, Motor arus ulang alik fasa tunggal dan kawalan, Mesin elektrik arus terus, pemasangan mesin dan peralatan elektrik arus ulang alik dan arus terus, sistem tiga fasa.


Semester 3
Latihan dalam loji


Semester 4
Kerja-kerja pemasangan pendawaian elektrik domestik dan industri, Lukisan kejuruteraan elektrik domestik dan industri, Mesin-mesin elektrik arus ulang alik tiga fasa dan sistem kawalannya, Program litar penyentuh dan geganti A.U dan A.T, Pengubah fasa tunggal dan tiga fasa, Mesin penukar dan alat penerus, Asas elektronik, Akta bekalan elektrik dan peraturan jabatan bekalan elektrik.

 

KERJAYA
Bertambahnya bilangan kenderaan dari sehari ke sehari, menyediakan peluang pekerjaan yang banyak dalam bidang ini seperti bekerja di pusat-pusat servis kenderaan dan kilang-kilang pemasangan kereta atau membuka bengkel sendiri.Selain itu, boleh menyambung latihan ke tahap 3 atau mengambil diploma di pusat-pusat latihan Jabatan Tenaga Rakyat