Pelatih akan diajar menyelenggara, membaikpulih enjin kereta, sistem pacuan, sistem brek, sistem autoelektrik, sistem stereng, sistem gantungan dan sistem penyamana udara, memasang komponen-komponen kenderaan dan memandu uji serta teknik-teknik keselamatan mengikut kehendak ordinan lalulintas. Lulusan kursus ini akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 & 2.
KELAYAKAN MASUK
1. Warganegara Malaysia; 2. Berumur 17 hingga 35 tahun; 3. Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk syarat mengikut kursus); 4. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan (bagi kursus bertanda #); 5. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata /tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran. |
syarat mengikut kursus (tambahan) - A11 Sijil Teknologi Automotif (SKM Tahap 2 & 3) |
1. Berumur 17 hingga 35 tahun; 2. Memiliki SPM dengan: (a) Lulus Bahasa Melayu; (b) Lulus Matematik/ Matematik Tambahan; (c) Lulus Sejarah ; dan (d) Lulus satu (1) subjek lain selain (a),(b) dan (c) 3. Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/ ketidakupayaan fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran. |
KANDUNGAN LATIHAN :
Tahap Satu
Perform vehicle maintenance and road test, service carburetor system,service diesel fuel system, service vehicle electrical system, perform engine repair, repair clutch system, repair manual drive train, repair braking system, repair steering system, repair suspension system, service air conditioning system.
Tahap Dua
Perform vehicle maintenance and road test, service carburetor system, service diesel fuel system, service vehicle electrical system, perform engine repair, repair clutch system, service electronic fuel injection system, repair manual drive train, repair automatic transmission, repair braking system, repair steering system, repair suspension system, service air conditioning system
KERJAYA
Bertambahnya bilangan kenderaan dari sehari ke sehari, menyediakan peluang pekerjaan yang banyak dalam bidang ini seperti bekerja di pusat-pusat servis kenderaan dan kilang-kilang pemasangan kereta atau membuka bengkel sendiri.Selain itu, boleh menyambung latihan ke tahap 3 atau mengambil diploma di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM).