Pengenalan
Teknologi Penyenggaraan Mekanikal merupakan kursus baru yang diwujudkan bagi menggantikan kursus sedia ada iaitu Teknologi Mekanik Industri. Semua modul yang terkandung di dalam sukatan latihan akan dinilai berasaskan kepada keterampilan bagi memastikan setiap pelajar berkebolehan dan berkeupayaan melaksanakan modul-modul berkenaan mengikut tahap kemahiran yang dipelajari. Setiap modul yang dipelajari adalah memenuhi sukatanInstitusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) dan telah mengambil kira Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skills Standard – NOSS) yang disediakan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). NOSS yang dirujuk adalah ME-010-3:2012 Industrial Maintenance Operation. Sukatan latihan juga mengambil kira penambahan semua duti dan tugasan selaras dengan keperluan industri dan teknologi semasa serta memenuhi standard persijilan.
Senarai Subjek Yng Dipelajari
1. Menggegas (Fitting)
2. Pengukuran Bahan (Measure of Material)
3. Lukisan Kejuruteraan (Engineering Drawing)
4.
Penyelenggaraan Mesin (Machine Maintenance) | |
Mesin Larik (Lathe Machine) | |
Mesin Kisar (Milling Machine) | |
Mesin Gerudi (Drilling Machine) | |
Mesin Kimpalan (Welding Machine) |
5.
Penyelenggaraan Sistem Automasi (Automation System Maintenance) | |
Penyelenggaraan Sistem Hidraulik (Hydraulic System Maintenance) | |
Penyelenggaraan Sistem Pneumatik (Pneumatic System Maintenance) | |
Penyelenggaraan Sistem PLC (PLC System Maintenance) |
6. Penyelenggaraan Sistem Penghantar (Conveyor System Maintenance)
7. Penyeliaan Penyelenggaraan Industri (Industrial Maintenance Supervision)
KELAYAKAN MASUK
1. Warganegara Malaysia; 2. Berumur 17 hingga 35 tahun; 3. Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk syarat mengikut kursus); 4. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan (bagi kursus bertanda #); 5. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata /tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran. |
syarat mengikut kursus (tambahan) -A01 Sijil Teknologi Penyenggaraan Mekanikal (SKM Tahap 3) |
1. Berumur 17 hingga 35 tahun; |
Tempoh Latihan
Tempoh latihan sepenuh masa bagi kursus ini ialah 2 tahun 3 bulan. Pelajar diwajibkan menjalani latihan kemahiran selama 2 tahun di institute iaitu sebanyak 4 semester dan latihan industri (industrial training) selama 3 bulan pada semester 5 di industri.
Kaedah Latihan
Kaedah latihan di ILJTM bagi peringkat Sijil Teknologi adalah berteraskan kepada kemahiran di mana 70% latihan amali dan 30% pembelajaran teori.
Peluang Kerjaya
Pelajar lepasan Teknologi Penyenggaraan Mekanikal berpeluang untuk melanjutkan latihan di peringkat lebih tinggi seperti kursus Diploma Teknologi Penyenggaraan Mekanikal atau bekerja sebagai Penyelenggara Mekanikal di dalam sektor awam atau swasta yang berkaitan.