Pelatih akan diajar cara membaca pelan binaan serta langkah-langkah pembinaan bangunan dengan kemasan dan lepaan, kerja konkrit, �setting out’ bangunan, membuat anggaran bahan dan memasang jubin lantai dan dinding. Pelatih juga didedahkan dengan kerja-kerja kayu dan pemasangan paip sebagai pelajaran teras. Lulusan kursus ini akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 & 2.
KELAYAKAN MASUK
1. Warganegara Malaysia; 2. Berumur 17 hingga 35 tahun; 3. Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk syarat mengikut kursus); 4. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan (bagi kursus bertanda #); 5. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata /tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran. |
syarat mengikut kursus (tambahan) -C03 Sijil Teknologi Binaan (Bangunan) (SKM Tahap 1,2 & 3) |
1. Berumur 17 hingga 35 tahun; 2. Memiliki SPM dengan: (a) Lulus dalam Bahasa Melayu;dan (b) Lulus dalam Sejarah 3. Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/bisu / ketidakupayaan fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran. ATAU LULUS Sijil Vokasional Malaysia (SVM) |
syarat mengikut kursus (tambahan) -C06 Sijil Teknologi Binaan (Sivil & Struktur) (SKM Tahap 3) |
1. Berumur 17 hingga 35 tahun; |
KANDUNGAN LATIHAN :
Tahap Satu
Orientasi ketukangan, mengenal alat-alat dan perkakas, mengenal bahan-bahan,kerja-kerja asas bata, asas pembinaan, kerja asas konkrit,kerja penyudahan dan pemasangan, kemasan dinding, tiang dan lantai, kursus asasi binaan tukang paip dan tukang kayu, lukisan teknik, anggaran dan taksiran.
Tahap Dua
Kerja-kerja pembinaan (pertengahan)
KERJAYA
Pertumbuhan pesat industri pembinaan membuka peluang pekerjaan yang luas kepada jurubina bangunan dengan bekerja dengan syarikat pembinaan sebagai pekerja mahir atau menjadi penyelia tapak dan kerani kerja. Mereka juga boleh menjalankan pekerjaan sendiri seperti menjadi kontraktor.