Pelatih akan mempelajari cara membuat tanggam dan memasang kerja kayu, membuat perabot seperti meja, kerusi, almari dan rak, perabot mewah bercirikan kesenian seperti bentuk lengkung luaran dan berpintal. Lulusan kursus ini akan menerima Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 1 & 2.


KELAYAKAN MASUK

1. Warganegara Malaysia;
2. Berumur 17 hingga 35 tahun;
3. Memenuhi syarat khas kursus (sila rujuk syarat mengikut kursus);
4. Lulus dalam sesi temuduga yang dijalankan (bagi kursus bertanda #);
5. Tidak buta atau buta warna atau rabun (tidak berkacamata /tidak berkanta lekap) atau pekak (tanpa alat bantuan) atau bisu atau cacat fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.
syarat mengikut kursus (tambahan)-C05 Sijil Teknologi Reka Bentuk & Pengeluaran Perabot (SKM Tahap 2 & 3)
1. Berumur 17 hingga 35 tahun;
2. Memiliki SPM dengan:
 (a) Lulus Bahasa Melayu;
 (b) Lulus Matematik/ Matematik Tambahan;
 (c) Lulus Sejarah ; dan
 (d) Lulus satu (1) subjek lain selain (a),(b) dan (c)
3. Tidak buta/buta warna/rabun/pekak (tanpa alat bantuan)/ bisu/ ketidakupayaan fizikal/anggota yang boleh menyukarkan kerja-kerja amali dan sesi pembelajaran.

 
KANDUNGAN LATIHAN :

 Tahap Satu
Apply safety practices, develop leadership skills, identify, select and estimate material, apply construction techniques, operate and maintain equipment, prepare assembling and packing, perform finishing, perform quality assurance and control, perform other related skills.


Tahap Dua
Apply safety practices, develop leadership skills, identify, select and estimate material, apply construction techniques, operate and maintain equipment, prepare assembling and packing, perform finishing, perform quality assurance and control, perform other related skills.

 
KERJAYA
Pembuat perabot boleh mendapatkan pekerjaan di firma-firma membuat perabot rumah, pejabat, sekolah atau dengan syarikat yang mengeluarkan perabot mewah. Mereka yang mempunyai modal boleh mengusahakan perniagaan sendiri. Selain itu, boleh menyambung latihan ke tahap 3 atau mengambil diploma di Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM).