Kursus Teknikal Jangka Panjang & Pendek Kota Bharu, Kelantan

 

Kursus ini akan memberi pendedahan, pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pembinaan. Latihan yang diberikan merangkumi kerja-kerja asas pembinaan bangunan bermula dari kerja-kerja merancang dan menyediakan pelan, anggaran bahan, penyediaan tapak binaan, kerja-kerja pembinaan termasuk kerja-kerja arkitek, mekanikal dan elektrikal sehinggalah kerja-kerja penyudahan dan penyerahan bangunan. Lulusan kursus ini akan menerima Diploma Teknologi Binaan.



KELAYAKAN MASUK
SPM – kepujian Matematik, Sains serta lulus Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Lukisan atau memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam salah satu ketukangan : Jurubina Bangunan, Jurubina Bangunan Berasaskan Kayu, Pelukis Pelan Kejuruteraan Awam & Struktur, Pelukis Pelan Senibina atau Jurukerja Air.
-3 Tahun (untuk lulusan SPM)
-2 Tahun ( untuk lulusan SKM Tahap 2)

KANDUNGAN LATIHAN :

Semester Satu
Matematik Kejuruteraan, Sains Kejuruteraan, Bahan & Jentera Binaan, Ukur Kejuruteraan.


Semester Dua
Matematik Kejuruteraan, Sains Kejuruteraan, Bahan & Jentera Binaan, Ukur Kejuruteraan, Rekabentuk, Pengurusan Projek.
Semester Tiga
Sains Kejuruteraan, Ukur Kejuruteraan, Rekabentuk, Pengurusan Projek, Kelengkapan & Penyelenggaraan.
Semester Empat
Sains Kejuruteraan, Rekabentuk, Kelengkapan & Penyelenggaraan.
Semester Lima
Pengurusan Projek, Kelengkapan & Penyelenggaraan, Tugasan Projek.
Semester Enam
Tugasan Projek Akhir & Pembentangan Projek.

KERJAYA
Pelatih yang tamat dengan jayanya dalam Tahap 3 dan 4 mempunyai peluang yang cerah untuk bekerja di sektor pembinaan sebagai Juruteknik Teknologi Binaan atau Pembantu Teknik Teknologi Binaan.