Kursus Teknikal Jangka Panjang & Pendek Kota Bharu, Kelantan

Objektif

  • Mengurus Hal Ehwal Pelajar dalam mengendali rekod pelajar, menyedia program pembangunan ihsan, mengawal disiplin pelajar, menyedia dan menyelia program ko–kurikulum pelajar, mengendali kebajikan pelajar meliputi kemudahan asrama, rawatan, pengangkutan, aduan, masalah dan lain-lain yang berkaitan.
  • Menyelaras pengambilan pelajar untuk enam (6) bidang kemahiran yang mana ia melibatkan menerima dan memproses borang permohonan dan seterusnya membuat surat tawaran kepada pelajar-pelajar yang berjaya.
  • Sebagai urusetia kepada Jawatankuasa Tindakan Disiplin Pelajar.
  • Menyelaras dan menyelia promosi latihan yang melibatkan iklan, ceramah di sekolah, promosi di radio dan TV, penulisan rencana akhbar dan majalah dan mengambil bahagian dalam pameran-pameran yang dianjurkan oleh Kerajaan atau pihak swasta.
  • Menyelia Sistem Maklumat Pelajar (SMP) yang mana melibatkan pengurusan data pelajar secara online.