Statistik keluaran pelajar dari tahun 1991 hingga 1999

Institut Latihan Perindustrian, Kota Bharu, Kelantan Darulnaim merupakan sebuah pusat latihan kemahiran ditubuhkan pada 16hb Jun 1989 dan menawarkan kursus dalam bidang Mekanik Industri, Pemesinan Am, Kimpalan, Mekanik Kenderaan Motor, Mekanik Kenderaan Berat Perdagangan, Juruelektrik, Mekanik Penyejukbekuan & Penyaman Udara, Juruteknik Radio dan Televisyen, Teknologi Perabot, Binaan Bangunan. Pengambilan pelatih yang pertama pada 01 Ogos 1989, telah menamatkan latihan dengan jayanya pada Disember1990 seramai 80 pelatih . Pengambilan 1991 seramai 118 pelatih, 1992 seramai 157 pelatih, 1993 seramai 320 pelatih, 1994 seramai 148 pelatih, 1995 seramai 244 pelatih, 1996 seramai 140 pelatih, 1997 seramai 266 pelatih, 1998 seramai 265 pelatih1999 seramai 328 pelatih. Untuk itu sehingga 1999 seramai 1986 pelatih telah menamatkan latihan kemahiran di ILPKB dengan jayanya.