|
Ditulis oleh Webmaster
|
|
Khamis, 15 Mei 2008 |
|
Ibu pejabat Jabatan Tenaga Manusia (JTM) telah meluluskan permohonan PELEPASAN mengikuti latihan bagi semua pelajar ILP Kota Bharu pada 18 MEI 2008 (AHAD). Walaubagaimanapun, ia merupakan hari bekerja biasa bagi semua pegawai/staf ILP Kota Bharu. Sehubungan dengan itu, sesi pembelajaran pada minggu tersebut akan bermula pada 20 Mei 2008 (Selasa) memandangkan 19 Mei 2008 (Isnin) adalah cuti kelepasan am sempena Hari Wesak. |
|
|
Ditulis oleh Webmaster
|
|
Ahad, 04 Mei 2008 |
|
Jabatan Tenaga Manusia (JTM) telah merancang untuk mengadakan Program 'Luncheon Talk' di semua Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) bersama pihak industri. Sehubungan dengan itu, ILP Kota Bharu akan menganjurkan program tersebut pada 12 Mei 2008 pukul 11.00 pagi di Dewan Besar, ILP Kota Bharu. Surat jemputan telah diedarkan kepada pihak industri dan jabatan-jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia untuk menghadiri majlis tersebut. Pada program kali ini taklimat akan diberikan oleh JTM, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). |
|
|
Ditulis oleh Webmaster
|
|
Ahad, 04 Mei 2008 |
|
ILP Kota Bharu telah dipilih sebagai tuan rumah Pertandingan MySkills 2008 Peringkat Akhir bagi bidang Penerapan Bata dan Pembuatan Perabot mulai 05-09 Mei 2008. Pertandingan ini dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu pada 05 Mei 2008 bagi Ujian Teori dan 06-08 Mei 2008 bagi Ujian Amali, manakala 09 Mei 2008 adalah sesi pengiraan markah. Pertandingan yang dianjurkan oleh Jabatan Pertandingan Kemahiran (JPK) ini khusus bagi pengajar dan pensyarah bidang kemahiran yang berkenaan. Semua pihak dijemput hadir untuk memberikan sokongan dan memeriahkan lagi pertandingan yang diadakan. |
|
|