Slide show ILPKB

TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN SISTEM STAR RATING (SSR), JABATAN TENAGA MANUSIA Cetak
Ditulis oleh Webmaster   
Khamis, 25 September 2008

SealedPihak pengurusan institut mengucapkan SYABAS dan TAHNIAH kepada semua kakitangan ILP Kota Bharu di atas kejayaan institut mendapat 5 BINTANG (markah keseluruhan adalah 92.5%) bagi penilaian Sistem Star Rating (SSR), Jabatan Tenaga Manusia (JTM) tahun 2008.

Penilaian SSR yang diadakan 2 tahun sekali merupakan usaha dan komitmen oleh Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan JTM bagi memastikan semua Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) sentiasa bersedia bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pihak. Skop penilaian SSR meliputi  Pengurusan Institut, Pengurusan Kewangan dan Aset, Pengurusan Sumber Manusia, Perkhidmatan-Perkhidmatan Teras  dan Hubungan dan Kerjasama Dengan Industri/Komuniti.

Pihak pengurusan berharap kejayaan sebegini dapat dikekalkan dan dibuat penambahbaikan dari masa ke semasa, di samping itu kerjasama daripada semua warga ILP Kota Bharu amat diharapkan bagi memastikan kejayaan yang lebih cemerlang dan terbilang di masa hadapan.Laughing

 

 
KURSUS TEAM BUILDING 2008 Cetak
Ditulis oleh Webmaster   
Selasa, 02 September 2008

CoolILP Kota Bharu akan mengadakan kursus Team Building Tahun 2008 pada 10 - 12 Oktober 2008 bertempat di Peladang Setiu Agro Resort, Terengganu. Kursus ini diadakan lanjutan daripada hasil kejayaan melalui kursus sama pada tahun 2007 di Kenyir Sanctuary Resort, Terengganu.

Seramai 30 orang pegawai ILP Kota Bharu akan menghadiri kursus ini yang bertujuan untuk memantapkan lagi hubungan dan semangat berkerjasama antara warga ILP Kota Bharu. 

PROGRAM UTAMA

  1. Sesi 1 : 'Ice Breaking - Break The Rock'
  2. Sesi 2 : Kerja dalam perspektif Islam (pembangunan insan)
  3. Sesi 3 :Organisasi sebagai satu matlamat dalam kerjaya
  4. Sesi 4 : Kepimpinan dalam organisasi
  5. Sesi 5 : Trofi cabaran kumpulan (outdoor)
  6. Sesi 6 : Pembentukan budaya kerja berpasukan 
  7. Sesi 7 : Mengurus tekanan,mengawal emosi dalaman
  8. Sesi 8 : Management Games
  9. Sesi 9 : Ke Arah Pembentukan Motivasi Dalaman

Selain itu aktiviti lain yang bersesuaian dengan objektif dan tujuan kursus turut diadakan.

 
TAHNIAH !! TEMPAT KEDUA PERBARISAN HARI KEMERDEKAAN KE 51 Cetak
Ditulis oleh Webmaster   
Selasa, 02 September 2008
LaughingPihak pengurusan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas kejayaan Ko-Bomba mendapat tempat kedua di dalam pertandingan perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan yang ke 51 Peringkat Negeri Kelantan. Ucapan terima kasih juga diberikan kepada semua warga ILPKB yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan kejayaan tersebut.
Pihak pengurusan berharap kerjasama dari semua warga ILPKB dapat diberikan untuk memastikan kecemerlangan institut dimasa akan datang. ILP KOTA BHARU BOLEH....