Slide show ILPKB

LAWATAN KERJA Y.BHG DATUK KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA KE NEGERI KELANTAN Cetak
Ditulis oleh Webmaster   
Sabtu, 07 Februari 2009

Y.Bhg. Datuk Thomas George, Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan mengadakan lawatan kerja ke Negeri Kelantan pada 08-09 Februari 2009.

Antara aturcara lawatan kerja tersebut ialah sesi lawatan dan mesyuarat di ILP Kota Bharu pada 09 Februari 2009.

Seluruh warga ILP Kota Bharu amat mengalu-alukan kesudian Y. Bhg. Datuk KSU untuk hadir ke institut dan diharapkan ianya akan memberikan suntikan semangat untuk bekerja dan berusaha dengan lebih gigih kepada semua pihak.

 
LAWATAN KERJA KETUA PENGARAH JTM KE ILP KOTA BHARU Cetak
Ditulis oleh Webmaster   
Sabtu, 07 Februari 2009
 

SmileSemua warga ILPKB amat berbangga dan berbesar hati sempena lawatan kerja oleh Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia (JTM), En.Romli bin Hj. Hassan ke institut ini yang dijadualkan pada 08 Februari 2008 (Ahad).

Program dan aturcara yang berkaitan telah diatur oleh pihak institut sepanjang lawatan tersebut. Diharapkan melalui lawatan ini akan mengeratkan lagi jalinan mesra dan mengukuhkan lagi persefahaman yang telah sedia ada antara pihak ibu pejabat dan institut.