|
Ditulis oleh Webmaster
|
|
Isnin, 29 Jun 2009 |
|
Pihak pengurusan dan seluiruh warga ILP Kota Bharu amat berbangga dan mengucapkan TAHNIAH kepada pegawai-pegawai institut yang telah mendapat kenaikan pangkat dari Penolong Pegawai Latihan Vokasional (PPLV) J36 kepada PPLV J38 serta PPLV J29 kontrak/sangkut yang telah ditawarkan jawatan PPLV J29 tetap.
Seramai 3 orang PPLV J36 yang telah mendapat kenaikan pangkat ke PPLV J38 iaitu Tn. Hj. Ahmad b. Mahmood, En. Mohd Nazri b. Mohamed Nor dan En. Nik Mohd Zaid b. Nik Soh. 6 orang PPLV J29 yang telah dilantik ke jawatan tetap ialah En. Rahisham b. Osman, En. Mohd Haswadi b. Mohamed Zain, En. Abdul Halim b. Hussain, En. Mohd Zaki b. Mamat, En. Amirullah b. Mohd Hasim dan Pn. Idawati bt. Mohamad Zain. Semoga dengan perlantikan ini akan meningkatkan lagi komitmen dan kesungguhan semua pegawai terlibat di dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab seharian. |
|
|
Ditulis oleh Webmaster
|
|
Isnin, 29 Jun 2009 |
|
ILP Kota Bahru telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) bagi bidang Penjubinan dan Pembuatan Perabot pada 01-03 Julai 2009.
Kerjasama dan komitmen semua warga ILP Kota Bharu amat diharapkan untuk memeriahkan dan memastikan kejayaan peserta yang mewakili institut dan juga penganjuran pertandingan berjalan dengan lancar. |
|
|
Ditulis oleh Webmaster
|
|
Isnin, 29 Jun 2009 |
|
Semua pelajar senior dikehendaki melapor diri semula ke institut pada 12 Julai 2009 (Ahad). SEMUA PELAJAR DIWAJIBKAN MEMATUHI SEMUA PERATURAN DISIPLIN DAN KOD ETIKA YANG TELAH DITETAPKAN OLEH JABATAN TENAGA MANUSIA SEBELUM MELAPORKAN DIRI DI INSTITUT PADA TARIKH TERSEBUT. |
|
|
Ditulis oleh Webmaster
|
|
Isnin, 29 Jun 2009 |
Ibu Pejabat Jabatan Tenaga Manusia (JTM) telah menetapkan tarikh pendaftaran pelajar baru sesi 2/2009 di ILP Kota Bharu pada 05 Julai 2009 (Ahad). TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada mereka yang terpilih sebagai warga pelajar di ILP Kota Bharu. Pihak pengurusan dan semua kakitangan ILP Kota Bharu mengalu-alukan kehadiran semua pelajar baru untuk mengikuti pelbagai kursus kemahiran yang ditawarkan di institut ini. Pelbagai aktiviti yang bersesuaian telah dirancang terutamanya melalui Program Minggu Silaturrahim bagi memberi pendedahan dan membantu pelajar menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran serta persekitaran kehidupan di institut. Program Minggu Silaturrahim sesi 2/2009 ini dipengerusikan oleh En. Mohd Zaabaruddin bin Kunhalan, Ketua Bahagian Penyejukbekuan & Penyamanan Udara. Sama-samalah kita berganding bahu bagi menjadikan ILP Kota Bharu sebagai institusi yang unggul dan cemerlang di bidang latihan kemahiran. |
|
|
Ditulis oleh Webmaster
|
|
Khamis, 25 Jun 2009 |
|
ILP Kota Bharu telah dipilih untuk menjalankan Program Fasilitator Schoolnet (FS) di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Pelajaran (KPM) pada 28 Jun - 03 Julai 2009.
Melalui program ini seramai 1050 graduan di dalam bidang Teknologi Maklumat akan menjalani latihan di institusi latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM). ILP Kota Bharu diberi tanggungjawab untuk melatih seramai 40 orang peserta. Adalah diharapkan kerjasama dan komitmen yang baik dapat diberikan oleh semua warga ILP Kota Bahru bagi semua program yang dirancang berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang ditetapkan. Sila klik untuk melihat senarai nama peserta yang terlibat . |
|
|
|