|
Ditulis oleh Webmaster
|
|
Ahad, 21 Februari 2010 |
|
Sukacita dimaklumkan, satu program taklimat Ssitem ePerolehan kepada pembekal peringkat Negeri Kelantan dan Terengganu akan diadakan seperti di bawah. Tarikh : 23-24 Februari 2010 Masa : 8.30 pagi Tempat : Dewan Datuk Ahmad Padzli Wisma KDRM, Padang Bongor Jalan Pengkalan Chepa 15400 Kota Bharu Kelantan Kemasukan : Percuma Taklimat pada 23 Feb. 2010 akan menjurus kepada modul pendaftaran pembekal, pembelian terus, modul sebutharga dan tender manakala pada 24 Feb. 2010 menjurus kepada pendaftaran syarikat (berkaitan Sistem ePerolehan) dengan Kementerian Kewangan. Sehubungan dengan itu, semua pembekal ILP Kota Bharu adalah DIWAJIBKAN untuk menghadiri taklimat tersebut. |
|
|
Ditulis oleh Webmaster
|
|
Khamis, 11 Februari 2010 |
|
Pengarah ILP Kota Bharu, En. Sarman bin Hj. Rawan telah mendapat surat pertukaran ke tempat bertugas yang baru di ILP Mersing berkuatkuasa 01 Februari 2010. Walaubagaimanapun beliau akan berada di ILP Kota Bharu sehingga 24 Februari 2010 sebelum melaporkan diri ke ILP Mersing. Seluruh warga institut mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih dan penghargaan atas jasa bakti dan komitmen beliau berikan semasa menerajui ILP Kota Bharu selama hampir 4 tahun. Dengan iringan doa semua pihak, diharapkan beliau sekeluarga akan mendapat lebih banyak kejayaan dan kesejahteraan di masa hadapan. |
|
|