| Jabatan Pertahanan Awam (JPA) 3 |
|
| Ditulis oleh Webmaster1 | |
| Selasa, 24 April 2007 | |
|
Objektif penubuhan dan penyertaan pelajar-pelajar JPA3 di ILP Kota Bharu bertujuan mengadakan langkah-langkah Pertahanan Awam dan perkhidmatan bantuan kecemasan bagi mengurangkan kehilangan jiwa dan kerosakan harta benda yang disebabkan oleh bencana atau akibat tindakan musuh demi mewujudkan keselamatan yang menjamin kesejahteraan untuk pembangunan negara yang berterusan.
Latihan diadakan setiap hari Khamis pada jam 2.00 ptg hingga 3.30 ptg yang dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih yang berpengalaman dari JPA3 Cawangan Kota Bharu, Kelantan. Pegawai penyelaras JPA3 ILP Kota Bharu terdiri daripada En. Rosli Hamid, En Nik Zain, En Asmadi dan beberapa pengajar dari Jabatan Mekanikal dan Pengeluaran. Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan pelajar-pelajar dapat memupuk dan melahirkan nilai-nilai seperti cekap dan tepat, berdisplin dan bertanggungjawab, kerja berpasukan dan berkhidmat dengan ikhlas. Apa yang diperolehi daripada aktiviti yang dijalankan ia bersesuaian dengan moto JPA3 iaitu 'SENTIASA SIAP SEDIA' dan 'SELANGKAH KE HADAPAN'. Aktiviti yang dijalankan: - Latihan kawad. - Mengadakan pertunjukan atau demonstrasi pada hari-hari tertentu. - Latihan pertolongan cemas. - Pertandingan Kawad Peringkat Negeri. - Perarakan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri (Johan pada tahun 2004) |



