- Details
- Written by: administrator
- Category: INFO KORPORAT
- Hits: 585
CARTA ORGANISASI KEMASKINI OKTOBER 2023
- Details
- Written by: administrator
- Category: INFO KORPORAT
- Hits: 337
- Details
- Written by: administrator
- Category: INFO KORPORAT
- Hits: 283
PIAGAM PELANGGAN ( SEHINGGA OKTOBER 2023 )
Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu diamanahkan untuk membekalkan tenaga kerja mahir yang terlatih.
Dengan itu, kami berjanji :
1.Menjelaskan semua tuntutan bil-bil bayaran dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap
- Mengesahkan penerimaan aduan dalam tempoh 24 jam dan dan memberi maklumbalas aduan dalam tempoh 7 hari bekerja
- Membayar elaun saku kepada pelajar yang layak selewat-lewatnya 10hb bulan berikutnya
- Mengedarkan slip keputusan peperiksaan pelajar pada setiap semester dalam masa 2 minggu selepas tarikh akhir mesyuarat jawatankuasa kecil Peperiksaan dan persijilan
- Memastikan setiap pelanggan yang berurusan di kaunter akan dilayan dalam tempoh masa 15 minit
Untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu, khidmat yang mesra dan cemerlang adalah menjadi pegangan kami.
PENCAPAIAN PIAGAM PELANGGAN INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KOTA BHARU
(Sehingga OKTOBER 2023 )
BIL |
PERKARA |
BAHAGIAN |
% PERATUS SIAP |
1 |
Menjelaskan semua tuntutan bil-bil bayaran dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan dokumen lengkap |
PENTADBIRAN |
100 |
2 |
Mengesahkan penerimaan aduan dalam tempoh 24 jam dan dan memberi maklumbalas aduan dalam tempoh 7 hari bekerja |
PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN |
100 |
3 |
Membayar elaun saku kepada pelajar yang layak selewat-lewatnya 10hb bulan berikutnya |
UNIT BPPL & PENTADBIRAN |
100 |
4 |
Mengedarkan slip keputusan peperiksaan pelajar pada setiap semester dalam masa 2 minggu selepas tarikh akhir mesyuarat jawatankuasa kecil peperiksaan dan persijilan |
UNIT BKKL |
100 |
5 |
Memastikan setiap pelanggan yang berurusan di kaunter akan dilayan dalam tempoh masa 15 minit |
PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN |
100 |
VISI
Menjadi Organisasi Peneraju Dalam Membangunkan Tenaga Kerja Yang Berdaya Saing
MISI
Mengeluarkan Tenaga Kerja Yang Berdaya Saing
OBJEKTIF
Membantu Ke Arah Penggunaan Tenaga Manusia Yang Optimum Melalui Program Latihan Perindustrian
- Details
- Written by: administrator
- Category: INFO KORPORAT
- Hits: 327
Bismillahir Rahmanir Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan mengalu-alukan kedatangan anda sekelian ke laman web rasmi Institut Latihan Perindustrian, Kota Bharu, Kelantan Darulnaim.
Kerajaan telah memperkenalkan Koridor Raya Multimedia bagi memperolehi faedah daripada perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Alaf baru ini memperlihatkan negara-negara di dunia menjadi tanpa sempadan dan proses globalisasi turut mendorong kepada penyebaran maklumat berlandaskan ketelusan dan pengeluaran data yang bertepatan masa.
Laman web Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu telah diwujudkan bagi menyediakan maklumat kursus-kursus dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta maklumat lain yang berkaitan dengan institut ini. Maklumat-maklumat yang diberi juga sentiasa dikemaskini secara berterusan sepanjang masa apabila maklumat baru diperolehi.
Dengan adanya laman web ini, ia dijadikan wadah komunikasi kepada pengunjung dengan maklumat terkini di dalam perkara-perkara yang berhubung kait dengan Institut Latihan Perindustrian Kota Bharu disamping memperolehi maklumbalas segera daripada pelanggan melalui internet.
Saya mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan yang bernas daripada pengunjung laman web ini untuk membolehkan ILPKB menjadi sebuah institut latihan kemahiran yang sentiasa unggul dan berdaya saing di masa yang akan datang.
Sekian, terima kasih.
Pengarah Institut Latihan Perindustrian
Kota Bharu Kelantan